Rayuan STR: Tarikh Pembayaran Rayuan STR 2023

Rayuan STR sudah mula dikreditkan secara berperingkat-peringkat bermula 7 November 2023

Jumlah bayaran STR Fasa 4 rayuan adalah berbeza mengikut kategori masing-masing.

Baca juga artikel ini: Cara Claim e-Wallet RM100 Kerajaan

Rayuan STR

Semakan status rayuan STR 2023 boleh dibuat pada 7 November 2023.

Semak Status Lulus Rayuan STR 2023

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:

  • i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk
  • MySTR>Semakan Status; atau
  • ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play
  • Store pada telefon bimbit; atau
  • iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
  • v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Tarikh Pengkreditan STR Fasa 4 Rayuan

  • Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan/dikemas kini mulai 7 November 2023 secara berperingkat
  • Tiada Akaun Bank – Penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 7 November 2023

Surat Makluman Lulus Rayuan

Anda hanya akan menerima surat makluman lulus rayuan sekiranya anda tidak pernah menerima bayaran STR sebelum ini.

Jika anda pernah menerima bayaran STR, surat makluman lulus rayuan boleh disemak melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM bantuan.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Peti Mail

Jumlah Bayaran Penerima STR Lulus Rayuan

Jumlah bayaran rayuan STR 2023 adalah seperti berikut:

rayuan str
rayuan str
Rayuan STR: Tarikh Pembayaran Rayuan STR 2023 5
rayuan str

Cara Semak Pembayaran Rayuan 2023 melalui MySTR

Anda boleh membuat semakan pada MySTR > Semakan Status > Maklumat

Pembayaran bagi Rayuan STR 2023. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti

berikut:

  • i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
  • ii. Nama Penerima
  • iii. Fasa Pembayaran
  • iv. Jumlah dikredit
  • v. Status Kredit
  • vi. Nama Bank
  • vii. Nombor Akaun Bank

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah semakan status kelulusan Rayuan 2023 boleh dibuat?

Semakan status Rayuan STR 2023 boleh dibuat mulai 07 November 2023.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan status kelulusan Rayuan
STR 2023?

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk
MySTR>Semakan Status; atau
ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play
Store pada telefon bimbit; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
atau
v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Leave a Comment