e-Wallet RM100: Cara Claim Touch n GO, Boost & Setel

e-Wallet RM100 akan diberikan pada bulan Disember ini kepada seluruh rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk claim e-Wallet  RM100 ini?

Menurut Perdana Menteri, bantuan ini memperuntukan sekitar RM1 bilion yang akan memberi manfaat lebih 10 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas kategori dewasa.

Baca juga artikel ini:

Apa e-Wallet RM100?

Kredit e-Wallet  RM100 merupakan inisiatif kerajaan perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun akan diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan terkini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM100,000 ke bawah.
e-wallet rm100

Jumlah kredit

Jumlah yang akan diterima oleh rakyat Malaysia seperti diumumkan iaitu bernilai RM100.

Bantuan yang diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

e-wallet rm100

Tarikh Bayaran e-Wallet RM100

Tarikh bayaran dijangkakan pada bulan Oktober ini sehingga Disember 2023.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa eTunai RM100 akan dibayar pada suku keempat tahun ini. 

Apa Definisi Suku Keempat?

Suku keempat didefinisikan  sebagai suku tahunan yang bermaksud kuartal suku tahun iaitu jangka waktu tiga bulan. 

Justeru itu suku keempat bermula dari bulan Oktober sehingga Disember

Cara Tebus

Buat masa ini belum ada pengumuman tentang penyedia perkhidmatan yang manakah yang akan melaksanakan pembayaran ini. 

Namun demikian, berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, antara penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

  • Boost
  • Setel dan
  • Touch ‘n Go Wallet

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi yang akan diumumkan dalam bulan ini. 

Penyedia Perkhidmatan eTunai

Berikut antara eWallet yang digunakan di Malaysia:

  • Touch ‘n Go eWallet 
  • GrabPay
  • Boost 
  • ShopeePay
  • Lazada Wallet
  • Setel
  • WechatPay
  • Mae

Sekiranya anda pengguna baharu ewallet, anda perlu melalui proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Anda perlu membuat verifikasi identiti secara elektronik contohnya seperti menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi.

Manfaat

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, pelaksanaan inisiatif ini merupakan usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.

Menurutnya lagi ini sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu ekonomi digital dan masyarakat tanpa tunai di samping bertujuan untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

Kelebihan Penggunaan e-Wallet

Tahukah anda? Penggunaan e-wallet dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan. 

Perkara ini penting kerana era digitalisasi kini semakin berkembang di Malaysia.

Oleh itu, kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran secara atas talian. 

e-Wallet sangat membantu dan semakin popular digunakan oleh masyarakat kita.

Maklumat Lanjut e-Wallet  RM100

Maklumat lanjut berkaitan program ini akan diumumkan:

Leave a Comment