Lesen percuma 2024 – Bantuan lesen percuma 2024 akan memberikan manfaat dan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan lesen tahun 2024.
Lesen percuma 2024 ini merupakan salah satu inisiatif kerjaan dalam belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Baca juga: Bantuan RM700 Untuk Kesihatan
Table of Contents
Lesen Percuma 2024
Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan tersebut bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini.
Topi Keledar Percuma Untuk Rakyat Malaysia
Sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak juga akan dibekalkan dan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu bagi lesen percuma 2024.
Ini pastinya akan membantu untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka golongan susah.
Lesen Percuma Tahun 2023
Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.
Program MyLesen B2
Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023 yang dilancarkan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program MyLesen B2.
Tiada Yuran Perlu Dibayar
Program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) bagi 9,000 peserta.
Syarat Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2023
Syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga kayak memohon
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
Borang Permohonan MyLesen B2
Anda boleh rujuk laman media sosial JPJ negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang kuota dan permohonan MyLesen B2 ini.
Anda boleh download borang permohonan https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Program MyLESEN Lesen Percuma 2024?
Program MyLESEN adalah bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya belia yang terkesan akibat pandemik C19 bagi mendapatkan Lesen Memandu serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ‘gig economy’
Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai program MyLESEN?
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLESEN?
Lesen memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c)
Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLESEN?
Penyertaan tidak terbuka dan hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan seperti eKasih / JKM / JAKOA / Zakat / Baitulmal / LHDN / B40
Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu?
Tidak
Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Program MyLESEN?
Warganegara Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Penerima bantuan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN / B40)
Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon
Sihat tubuh badan dan mental
Belum memiliki sebarang lesen memandu
Bebas senarai hitam (JPJ / PDRM / Mahkamah)
Berapakah kos bayaran bagi Program MyLESEN?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.