eMadani RM100: Tarikh Bayaran & Penebusan Bermula 4 Disember Ini

eMadani RM100 – Bantuan e-Wallet RM100 kerajaan boleh mula ditebus pada 4 Disember ini. Bantuan e-Wallet ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Bantuan e-Wallet RM100 telah diumumkan baru-baru ini dan akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Berapa jumlah bantuan etunai RM100 ini? Menurut Perdana Menteri, bantuan ini memperuntukan sekitar RM1 bilion yang akan memberi manfaat lebih 10 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas kategori dewasa.

Bantuan ini merangkumi golongan B40 dan M40.

Kenapa bantuan ini diberikan kepada rakyat? Bantuan etunai RM100 diberikan kepada rakyat selepas melihat kejayaan program e-tunai kepada masyarakat.

Baca Juga Artikel Ini: Lesen Percuma 2024

Tarikh Bayaran eMadani RM100

Bantuan eMadani RM100 merupakan inisiatif kerajaan perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember hingga 20 Februari 2024, membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,”

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun akan diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan.

emadani rm100

Syarat Kelayakan eMadani RM100

Syarat-syarat kelayakan terkini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Jumlah kredit eMadani RM100

Jumlah yang akan diterima oleh rakyat Malaysia seperti diumumkan iaitu bernilai RM100

Bantuan yang diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

emadani rm100

Tarikh Bayaran eMadani RM100

Tarikh bayaran 4 Disember 2023.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa eTunai RM100 akan dibayar pada suku keempat tahun ini.

Apa Definisi Suku Keempat?

Suku keempat didefinisikan  sebagai suku tahunan yang bermaksud kuartal suku tahun iaitu jangka waktu tiga bulan.

Justeru itu suku keempat bermula dari bulan Oktober sehingga Disember

Cara Tebus e-Wallet RM100

Buat masa ini belum ada pengumuman tentang penyedia perkhidmatan yang manakah yang akan melaksanakan pembayaran ini.

Namun demikian, berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, antara penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

  • Boost
  • Setel dan
  • Touch ‘n Go Wallet
  • MAE

Penyedia Perkhidmatan e-Wallet Malaysia

Berikut antara eWallet yang digunakan di Malaysia:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • GrabPay
  • Boost
  • ShopeePay
  • Lazada Wallet
  • Setel
  • WechatPay
  • Mae

Sekiranya anda pengguna baharu ewallet, anda perlu melalui proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Anda perlu membuat verifikasi identiti secara elektronik contohnya seperti menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk prose verifikasi.

Apa Manfaat eMadani RM100?

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, pelaksanaan inisiatif ini merupakan usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.

Menurutnya lagi ini sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu ekonomi digital dan masyarakat tanpa tunai di samping bertujuan untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

Kelebihan e-Wallet

Tahukah anda? Penggunaan e-wallet dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan.

Perkara ini penting kerana era digitalisasi kini semakin berkembang di Malaysia. Kebanyakan kedai dan restoran juga hari ini menggunakan scan qr code untuk membuat bayaran atas talian.

Oleh itu, kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran secara atas talian.

Adakah e-wallet membantu memudahkan proses pembayaran? Jawapannya iya. e-Wallet sangat membantu dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

e-Wallet sangat membantu dan semakin popular digunakan oleh masyarakat kita.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah bantuan eMadani RM100?

Bantuan eMadani RM100 merupakan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Apa Syarat Kelayakan eMadani RM100?

Warganegara Malaysia; dan
Berumur 21 tahun ke atas
Berpendapatan RM100,000 ke bawah
Tarikh bayaran bantuan e-Tunai RM100?
Suku keempat tahun ini antara Oktober hingga Disember 2023.

Siapa syarikat penyedia perkhidmatan terlibat?

Setel, MAE, Touch’n Go dan Shopeepay

Leave a Comment