Kemaskini STR 2024: Cara Kemaskini Permohonan STR Fasa 1

Kemaskini STR 2024 – Cara kemaskini STR 2024 kini dibuka bagi semua penerima STR 2024.

Ramai yang keliru adakah mereka perlu untuk melakukan kemaskini ataupun tidak.

Kami kongsikan kepada anda soalan-soalan dan jawapan terkini tentang soal jawab kemaskini STR 2024.

Baca juga:

Kemaskini STR 2024

 Saya adalah penerima STR 2023. Adakah saya perlu membuat kemas kini

permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

  • perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;
  • perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;
  • tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
  • tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan
  • Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
  • Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Tidak Kemaskini STR 2024 Layak Terima Bantuan

 Sekiranya saya lulus STR 2023 dan tidak mengemas kini permohonan STR

2024 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak menerima

STR?

Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses

berdasarkan maklumat sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

Dokumen Sokongan STR

 Semasa permohonan STR 2023 sebelum ini, saya telah kemukakan semua

dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula

semasa permohonan STR?

 Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR 2024 dan tiada perubahan

maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa mengemas kini

permohonan STR.

Soalan-Soalan Kemaskini STR 2024

 Soalan: Saya telah menerima pembayaran STR 2023 dengan status ibu / bapa tunggal

dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu untuk kemas kini maklumat

anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan?

Jawapan: Sekiranya permohonan wujud di portal STR 2024 dan tiada perubahan maklumat

anak yang didaftarkan, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini kerana

pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain,

kemas kini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

Soalan: Saya berumur 65 tahun dan berstatus kahwin. Adakah saya perlu kemukakan

sijil nikah bagi pengesahan status perkahwinan?

Jawapan: Bagi pemohon STR yang berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas), dokumen

sokongan adalah tidak diwajibkan semasa permohonan STR 2024.

Soalan: Saya adalah penerima STR 2023 bagi kategori Isi Rumah dengan status Ibu

Tungal dan mempunyai seorang anak (OKU) yang berumur 18 tahun yang

masih belajar sepenuh masa. Adakah saya masih boleh mengekalkan

maklumat anak tersebut semasa membuat Kemas Kini Permohonan pada

November?

Jawapan: Anda masih boleh mengekalkan maklumat anak berkenaan sekiranya menepati

syarat kelayakan anak.

Sekiranya tidak menepati syarat kelayakan anak, anda boleh memohon di bawah

kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak.

Soalan: Suami saya adalah penerima STR 2023 dan meninggal dunia. Adakah saya

perlu membuat Permohonan Baharu STR?

Jawapan: Ya. Anda boleh membuat permohonan baharu STR 2024 dengan status

perkahwinan yang terkini.

Soalan: Suami saya adalah penerima STR 2023 dan telah meninggal dunia sebelum

01 November 2023. Saya berstatus bukan warganegara Malaysia, adakah saya

boleh membuat kemas kini permohonan STR 2024 atas nama suami saya?

Jawapan: Tidak. Pemohon yang meninggal dunia sebelum 01 November 2023 tidak layak

untuk membuat permohonan STR 2024. Oleh itu, kemas kini ke atas permohonan

suami tidak dibenarkan.

Soalan: Saya telah mengemas kini permohonan pada November 2023. Adakah saya

perlu mengemas kini permohonan pada setiap bulan bagi memastikan saya

menerima setiap fasa pembayaran yang telah ditetapkan?

Jawapan: Bagi permohonan berstatus Lulus, anda tidak perlu mengemas kini permohonan

sekiranya maklumat adalah sama. Anda akan menerima baki bayaran mengikut

fasa pembayaran yang telah ditetapkan.

Kemaskini STR 2024: Cara Kemaskini Permohonan STR Fasa 1

Cara semakan dan kemaskini maklumat STR 2024 ialah:

  • Layari laman web bantuantunai.hasil.gov.my
  • Kemudian masukkan kata laluan anda dan login
  • Akhir sekali pergi ke bahagian kemaskini maklumat dan kemaskini maklumat anda
kemaskini str

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Pembayaran fasa pertama STR 2024 adalah 4 fasa seperti berikut:

  • Fasa 1 – Februari 2024
  • Fasa 2 – April 2024
  • Fasa 3 – Ogos 2024
  • Fasa 4 – November 2024

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?

Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023

Di manakah saya boleh menghantar Borang Permohonan STR yang telah
lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan?

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan
boleh:

a. Diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi
Bandar (UTC) HASiL; atau
b. Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima
ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Atau

Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Apakah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan
STR 2024?

Berikut adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan
STR 2024:

a. Pemohonan Baharu;
b. Kemas Kini Permohonan;
c. Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan; dan
d. Perubahan Maklumat Asas Permohonan

Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti
berikut:
a. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
b. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
c. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan
/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Leave a Comment