Jawatan Konstabel Polis YT1 2023 kini dibuka untuk seluruh Malaysia.
Ini merupakan jawatan kosong terbaru yang dibuka oleh Unit Pengambilan Polis Malaysia.
Minima PMR & PT3 layak untuk memohon jawatan kosong Konstabel Polis YT1 2023 ini.
Baca artikel ini: Cara Daftar MYSTR Online 2024
Table of Contents
Konstabel Polis YT1 2023
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia.

Tarikh Permohonan Online
Permohonan akan dibuka pada tarikh :
14 November 2023 hingga 30 November 2023
Cara Permohonan
Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.
Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang ‘Log Masuk’;
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik ‘Permohonan Baru’;
5. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang ‘Hantar Borang’.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.