Syarat Permohonan STR 2024 – Syarat permohonan STR 2024 telah dikongsikan dan sekiranya anda ingin memohon STR 2024 anda perlu memenuhi syarat-syarat ini.
Syarat kelayakan STR 2024 dibahagikan kepada tiga kategori iaitu isi rumah, bujang dan warga emas.
Sekiranya anda melepasi syarat ini, inshallah anda layak untuk menerima STR 2024.
Baca juga: Cara kemaskini STR 2024
Table of Contents
Syarat Permohonan STR 2024
Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
Syarat Permohonan STR 2024
Isi Rumah
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
- – 18 tahun dan ke bawah; atau
- – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?
Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023
Di manakah saya boleh menghantar Borang Permohonan STR yang telah
lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan?
Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan
boleh:
a. Diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi
Bandar (UTC) HASiL; atau
b. Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima
ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Apakah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan
STR 2024?
Berikut adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan
STR 2024:
a. Pemohonan Baharu;
b. Kemas Kini Permohonan;
c. Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan; dan
d. Perubahan Maklumat Asas Permohonan
Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024?
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti
berikut:
a. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
b. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
c. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan
/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.