Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2023 Terbaru!

Cara Mohon Rumah mesra rakyat 2023 ialah program untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 untuk memiliki rumah. 

Bagaimana cara nak mohon rumah mesra rakyat 2023? Apa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon?

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2023

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Artikel Terkini:

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023

Kaedah permohonan sangat mudah dan senang. Permohonan boleh dilakukan secara online di laman web SPNB.

cara mohon rumah mesra rakyat 2023

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/ atau memiliki rumah usang/ tidak sempurna
  • Tanah/ tapak cadangan mestilah bersesuian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
  • Keluasan tanak tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Nota Tambahan

Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia

Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 2023 Online

Tekan butang permohonan

  • Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap
  • Penerimaan login id dan kata laluan (kata laluan akan dihantar kepada pemohon)
  • Log masuk ke laman utama (Gunakan login ID(e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  • Melengkapkan borang online (isi maklumat ke dalam sistem)
  • Selesai mengisi borang online (klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang)
  • Majukan borang dan dokumen kepada SPNB (memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
  • Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB (Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan)

Nota: Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan

cara mohon rumah mesra rakyat 2023

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/ surat akaun sumpah pendapatan/ surat pengesahan pendapatan pemohon/ pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah/ surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Nota 

Surat pengesahan pendapatan/ tidak memilik rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu/ Ketua kampung/ Pegawai Profesional Kelas A.

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.

Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

reka bentuk 6
rumah mesra rakyat

Tanggungjawab Pemohon (Sekiranya Diluluskan)

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Maklumat lanjut

Anda boleh layari https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/  untuk dapatkan maklumat tentang rumah mesra rakyat 2023.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah konsep kediaman rumah mesra rakyat 2023 SPNB?

Menyediakan persekitaran yang mampu memberi inspirasi kepada penduduknya melalui kemudahan yang menarik, dan alam sekitar yang mampan serta suasana harmoni.

Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman SPNB?

Terbuka kepada mereka yang layak membuat pinjaman bank.

Bagaimanakah cara untuk memohon kediaman SPNB?

Anda boleh berhubung terus dengan pejabat cawangan/jualan kami.

Apakah status pajakan kediaman SPNB,pegangan kekal atau pegangan bebas?

Ia bergantung kepada hakmilik (pemilik) tanah pada setiap pembangunan SPNB.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan semasa mendaftar kediaman SPNB?

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Slip gaji 3 bulan yang terkini
  • Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
  • Penyata KWSP terkini
  • Surat pengesahan jawatan daripada majikan

Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi:

  • Telefon: 603-78492000
  • Waktu urusan: Isnin hingga jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • Alamat:
  • Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  • E-mel: [email protected]
  • Laman web: www.spnb.com.my

Dimanakah borang RMR boleh diperolehi?

Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.

Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan?

Sila hubungi SPNB di talian 03-78492000 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat.

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/ perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Apakah sebab permohonan ditolak?

  • Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
  • Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
  • Tapak cadangan tidak sesuai
  • Geran hakmilik mempunyai masalah/sekatan

Leave a Comment