Cara Mohon Bantuan RM700 untuk tahun 2024 kini dibuka. Bantuan RM700 ini ialah bantuan mysalam untuk golongan B40. Jangan lupa mohon bantuan RM700 2024.
MySalam 2024 merupakan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat, mysalam untuk memberi perlindungan takaful kepada golongan B40.
Skim Perlindungan Kesihatan ini sangat bermanfaat bagi mereka keluarga B40. Berikut cara mudah semakan status dan jenis-jenis penyakit yang boleh dirawat.
Artikel Terkini:
Bantuan RM700 2024
Mysalam merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.
Siapa Layak Menerima MySalam 2024?
Penerima mySalam adalah mereka yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti:
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)
- Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Kelayakan akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima.
Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima.
Kelayakan Penerima Program BPR, BKM Dan STR
Kelayakan bagi program BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 seperti berikut:
- Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
- Individu bujang berumur antara 21 sehingga 65 tahun
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun
Penerima STR
Penerima STR yang menepati kriteria bantuan rm700 2024 perlindungan mySalam layak untuk mendapat manfaat di bawah mySalam.
Table of Contents
Jumlah Bayaran Bantuan RM700 2024
Tuntutan bayaran ada dua iaitu penyakit kritikal dan tuntutan hospitalisasi iaitu elaun wad:
- Tuntutan Penyakit Kritikal RM8,000
- Tuntutan Hospitalisasi (RM50 sehari maksimum 14 hari) – RM700 Maksimum
Cara Mohon MySalam 2024
Permohonan mySalam adalah secara automatik berdasarkan data bantuan kerajaan sebelum ini seperti BSH, BPR dan lain-lain bantuan kerajaan.
Terkini pemohon-pemohon seperti BPR, BKM dan STR kayak secara automatik untuk mySalam ini.
Cara Semak MySalam 2024
Anda boleh untuk membuat semakan kelayakan di laman rasmi www.mysalam.com.my.
Sekiranya anda tidak layak, akan dipaparkan “Harap maaf. Anda TIDAK LAYAK untuk Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.”
Cara Membuat Tuntutan MySalam 2024
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
i. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
ii. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Berapa Lama Proses Tuntutan?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. Status tuntutan, i.e. dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Maklumat ini juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my
Senarai Hospital Kerajaan Malaysia dan Hospital Yang Layak
Senarai Hospital boleh didapati di laman web di www.mysalam.com.my. Senarai hospital adalah tertakluk kepada perubahan dan senarai terkini boleh disemak di laman web.
Berapa Bayaran Skim Perlindungan mySalam 2024
Perlindungan mySalam diberikan secara percuma.
Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Boleh Dituntut
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Maklumat Lanjut MySalam 2024
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mysalam 2024, anda boleh hubungi:
Telefon: 1-300-88-8938Email: [email protected]
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu Mysalam?
Mysalam merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.
Siapa Layak Terima MySalam?
Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
Individu bujang berumur antara 21 sehingga 65 tahun
Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun
Berapa Jumlah Tuntuan?
Tuntutan bayaran ada dua iaitu penyakit kritikal dan tuntutan hospitalisasi iaitu elaun wad:
Tuntutan Penyakit Kritikal RM8,000
Tuntutan Hospitalisasi (RM50 sehari maksimum 14 hari) – RM700 Maksimum