BUDI Madani 2024: Cara Mohon Subsidi Diesel Individu

BUDI MADANI 2024 telah diperkenalkan sebagai platform untuk penyasaran semula subsidi hanya untuk warganegara Malaysia yang layak, bagi mengelakkan kes penyeludupan bahan api.

Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Kami kongsikan lebih lanjut mengenai program BUDI Madani 2024 baru ini dan juga cara-cara untuk memohon.

Artikel Terkini:

Table of Contents

Apa itu BUDI MADANI 2024 ?

BUDI MADANI 2024 ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Terdapat 3 kategori penerima untuk program ini iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.

budi madani 2024

Untuk penerima yang layak di bawah 2 kategori iaitu BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu, penerima akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

BUDI INDIVIDU

BUDI Individu adalah sumbangan tunai yang diberikan oleh Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini istimewa untuk individu daripada golongan B40 dan M40 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia sahaja.

Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun ini bermula 28 Mei 2024.

SYARAT PERMOHONAN BUDI INDIVIDU

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu:

Pemohon

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN semasa;
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI

Kriteria Pemilikan Kenderaan

  • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
  • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
budi madani 2024

Kriteria Tidak Layak BUDI Individu

  • Motosikal diesel
  • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
  • Jenis kenderaan : Karavan, motorhome, van persiaran dan bas persiaran.
budi madani 2024

CARA MOHON BUDI MADANI 2024

Rakyat Malaysia boleh membuat permohonan untuk BUDI MADANI 2024 secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu dengan kaedah berikut:

  1. Mendaftar akaun pengguna
  2. Klik pada Mohon DI Sini bagi BUDI Individu
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
  • No. Mykad
  • No. telefon bimbit
  • Nama Bank
  • No. Akaun Bank
  • Alamat E-mel
  • Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
  • Nombor Pendaftaran Kenderaan
  • Tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
  • Jenama/Model kenderaan
  • Kelas Kegunaan Kenderaan

SEMAKAN KELAYAKAN/PERMOHONAN

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya tidak diluluskan tetapi pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, bantuan pertama berjumlah RM200 akan disalurkan pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.

Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI 2024 secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tarikh Bayaran

Permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.

Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama dalam tempoh 2 minggu dan seterusnya secara bulanan.

Pertanyaan dan Bantuan

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat e-mel : [email protected]

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment