Semakan MyKid 2024 untuk ibu bapa yang belum mendaftarkan MyKid untuk anak-anak, berita baik untuk anda. Kini pendaftaran Mykid untuk orang awam telah dibuka.
Ibu bapa boleh membuat permohonan MyKid di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda. Ibu bapa atau penjaga hanya perlu membawa bersama surat lahir yang asli dan mengisi borang yang berkaitan di pejabat pendaftaran.
Selepas permohonan dibuat, ibu bapa perlu menunggu beberapa hari sebelum MyKid anak-anak anda disiapkan. Walaubagaimana waktu menunggu untuk MyKid disiapkan juga bergantung kepada keadaan semasa Jabatan Pendaftaran yang ibu bapa daftarkan.
Dalam tempoh itu, ibu bapa boleh membuat semakan tentang status MyKid anak-anak anda secara atas talian.
Kami kongsikan di bawah tentang cara-cara untuk membuat semakan MyKid 2024.
Artikel Terkini:
Semakan MyKid 2024
Kaedah semakan MyKid 2024:
- Layari https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
- Masukkan nombor MyKid anak anda beserta kod captch seperti yang dipaparkan
- Status akan dipaparkan untuk pemberitahuan sama ada MyKid telah siap dan boleh diambil di JPN ataupun masih dalam proses
Apa itu MyKid?
MyKid adalah pengenalan diri untuk kanak-kanak yang mempunyai cip dan dikeluarkan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sebelum kad pengenalan biasa dikeluarkan. Ciri-ciri MyKid ini adalah sama dengan MyKad Cuma tanpa gambar dan juga data cap jari.
Bagi yang masih belum jelas apa kepanjangan daripada akronim MyKid – ‘My’ adalah Malaysia dan ‘Kid’ adalah singkatan bagi Kad Identiti Diri. Nombor pengenalan yang didaftarkan di MyKid anak-anak anda akan digunakan di dalam semua urusan mereka dan juga akan digunakan di dalam MyKad setelah mereka mencapai usia 12 tahun.
Semakan mykid 2024.
Tiga Fungsi Cip MyKid
3 fungsi cip MyKid:
- Aplikasi JPN (Data Kelahiran)
- Maklumat Kesihatan
- Maklumat Pendidikan
Apa Kelebihan MyKID?
Terdapat beberapa kelebihan apabila ibu bapa menggunakan MyKid untuk anak-anak anda:
- Mengurangkan pengunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan dan swasta
- Lebih mudah digunakan sewaktu berurusan dengan jabatan atau agensi seperti hospital/klinik bagi tujuan pemeriksaan Kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil berbanding surat lahir
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelakkan penyalahgunaan
- Mempunyai teknologi cip yang mana maklumat boleh dibaca melalui kad dan mudah untuk dikemaskini
- Bentuk cantik dan menarik
- Tahan lasak berbanding surat lahir yang mudah koyak dan berlipat-lipat
CARA MEMOHON MYKID 2024
Ibu bapa perlu membawa surat lahir anak ke kaunter JPN. MyKid boleh dimohon untuk semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah. Sila bawa bersama dokumen dibawah sewaktu permohonan:
1. Sijil Kelahiran Malaysia yang asli 2. Dokumen Pengenalan pemohon (ibu atau bapa)
Tiada bayaran akan dikenakan untuk pembuatan MyKid dan satu borang khas akan diberikan selepas selesai permohonan MyKid.