Tiada bonus raya Aidilfitri 2024 untuk penjawat awam bagi bulan depan. Hal ini dijelaskan oleh Perdana Menteri baru-baru saja ketika ditemui media.
Artikel Terkini:
Tiada Bonus Raya Aidilfitri 2024
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menjelaskan bahawa kerajaan baru saja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmataan awam berjumlah RM2,000 waktu 28 Februari 2024.
Jelasnya lagi, dalam beberapa bulan ini kerajaan akan meluluskan skim persaraan dan menaikkan gaji.
Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam perkhidmatan awam (CUEPACS) menggesa agar kerajaan memberikan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri.
Ketika ditanya tentang pertimbangan pemberian bonus, Anwar menjelaskan insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah untuk tujuan sambutan Aidilfitri.