Skim Insurans Hayat Selangor INSAN 2024 telah diperkenalkan kerajaan Selangor bagi memberi manfaat kepada beberapa golongan. Skim ini merupakan jaringan keselamatan sosial percuma dengan memberikan pampasan sehingga RM20,000 kepada rakyat dan pengundi di negeri Selangor sekiranya terjadi:
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) akan melindungi 6 juta individu yang merangkumi semua kaum bermula dari usia 30 hari sehingga 80 tahun dan tanpa mengira taraf kewangan sosial selagi individu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2022 dan pendaftaran pertama telah dibuka pada 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2023.
Bagi memberikan lebih banyak maanfaat kepada golongan sasaran, skim ini diteruskan buat sekian kalinya pada tahun 2024.
Tahukah anda apa itu INSAN dan apa kelebihannya?
Artikel Terkini:
Table of Contents
Apa itu Skim Insurans Hayat Selangor INSAN 2024?
Skim Insurans Hayat Selangor INSAN 2024 adalah perlindungan insurans am berkumpulan yang mana kos premiumnya akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Untuk tahun 2023, INSAN Takaful dengan kuota 3 juta Rakyat Selangor yang beragama Islam adalah penambahbaikan kepada skim perlindungan konvensional sedia ada yang berteraskan patuh Syariah dengan wang pampasan dari RM10,000 sehingga RM20,000 termasuk kematian yang berlaku di luar negara.
Selain daripada pampasan kemalangan dan kematian, individu yang dilindungi di bawah skim ini juga boleh membuat tuntutan wang pampasan sebanyak RM50 sehari bagi kemasukan wad.
Antara manfaat INSAN Takaful yang berlandaskan prinsip Syariat Islam sehingga tuntutan maksimum RM20,000 adalah:
- Perlindungan Takaful Kematian dalam negara – RM11,000
- Perlindungan Takaful Kemalangan melibatkan kematian di luar negara – RM20,000
- Perlindungan Takaful Hilang Upaya Kekal – RM10,000
- Perlindungan Takaful kemasukan wad RM50 (maksimum 30 hari)
Syarat Kelayakan
Anda layak mendaftar di bawah skim insurans hayat selangor insan 2024 ini sekiranya anda memenuhi SALAH SATU daripada kriteria di bawah :
1. Nombor kad pengenalan anda di daftarkan di Negeri Selangor; atau,
2. Alamat terkini anda didaftarkan di dalam Negeri Selagor; atau,
3. Anda adalah pengundi di Negeri Selangor
Cara untuk mendaftar program INSAN
Semua yang menepati kriteria yang telah ditetapkan digalakkan untuk memohon skim insurans hayat selangor insan 2024 ini bagi mendapatkan manfaat yang akan diberikan. Individu boleh mendaftar skim ini dengan mengikuti langkah berikut:
1. Layari www.programinsan.com
2. Masukkan Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Poskod
3. Muat naik Salinan kad pengenalan
Semakan Status Skim Insurans Hayat Selangor Insan 2024
Untuk membuat semakan status pendaftaran anda, sila rujuk langkah berikut:
- Layari laman web https://programinsan.com/
- Isikan nombor kad pengenalan anda yang sah
- Sila rujuk butiran yang dipaparkan untuk simpanan anda
Tarikh Tutup Pendaftaran
Kerajaan Negeri menyeru untuk semua rakyat Selangor dan individu yang memenuhi kriteria skim insurans hayat selangor insan 2024 untuk membuat pendaftaran sebelum 3 OGOS 2024 bagi menerima maanfaat skim ini.
Cara Membuat Tuntutan (Insurance Claim)
Individu perlulah melayari laman web berikut https://programinsan.com bagi memastikan sijil INSAN itu adalah milik anda.
Untuk makluman anda, tempoh perlindungan insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan. Untuk sebarang pertanyaan tentang tuntutan, anda boleh hubungi Rakan Insurans Rasmi INSAN, AmGeneral Insurance di talian 1 800 88 6333 atau email [email protected] . Untuk maklumat lanjut, layari www.amassurance.com.my
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan update terkini mengenai skim ini, sila rujuk saluran berikut:
- Facebook INSAN Selangor
- Laman web https://programinsan.com/
TALIAN HOTLINE
Talian 1: +60162504199 (Malay/Tamil/English)
Talian 2: +60164354199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 3: +60164474199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 4: +60162534199 (Malay/English)
Talian 5: +60162514199 (Malay/Tamil/English)
Talian 6: +60169256627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 7: +60102846627 (Malay/Tamil/English)
Talian 8: +60109206627 (Malay/Tamil/English)
Talian 9: +60168416627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 10: +60105616627 (Malay/English)
E-mel: [email protected]
Laman web : https://wavpay.net/insan-selangor/
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.