Akaun 3 KWSP 2024 telah diumumkan penstrukturan semula oleh Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) berkuatkuasa 11 Mei 2024. Tujuannya untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP telah memperkenalkan tiga akaun baharu iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Encik Ahmad Zulqarnain Onn, fokus utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan. Maklumat akaun 3 kwsp 2024 seperti di bawah.
Artikel Terkini:
Akaun 3 KWSP 2024
Pada 11 Mei 2024, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Baki dalam akaun 1 dan akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.
Pecahan Peratus Akaun KWSP 2024
Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut:
- Akaun Persaraan: 75%
- Akaun Sejahtera: 15%
- Akaun Fleksibel: 10%
Antara 11 Mei sehingga 31 Ogos, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (dulu dikenali sebagai akaun 2) sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.
Sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tidak ada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam akaun sejahtera.
Akaun Fleksibel KWSP 2024
Akaun fleksibel atau akaun 3 kwsp 2024 akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaann.
Sekiranya ahli membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun-akaun yang lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.
Di bawah cara pindaan akaun 3 kwsp 2024.
Cara Pindahan Akaun KWSP Mengikut Pecahan
Baki Dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas
- Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam akaun sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel
- Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam akaun sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan dan
- Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera
Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000
- Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel
- Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera
Tujuan perbezaan dalam kaedah pengagihan aalah untuk membolehkan ahli yang mempunyai baki simpanan yang rendah turut mempunyai jumlah permulaan yang bermakna dalam Akaun Fleksibel mereka.
Pindahan Ke Akaun Fleksibel
Ahli hanya boleh membuat pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel atau akaun 3 kwsp 2024 sebanyak 1 kali sahaja bermula 11 Mei sehingga 31 Ogos 2024, di mana selepas ini pilihan ini tidak boleh dibatalkan.
Ahli yang ingin memanfaatkan pilihan ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
Cara Pengeluaran Akaun Fleksibel
- Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa.
- Amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.
- Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dilakukan.
Tarikh Kemaskini Akaun KWSP
Ahli boleh mengakses sistem pada 12 Mei 2024.
Maklumat Lanjut
Ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi kwsp atau melalui KWSP i-Akaun untuk info lanjut akaun 3 kwsp 2024.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.