Lesen Percuma 2024 – Permohonan lesen percuma 2024 kini dibuka oleh kerajaan. Permohonan ini hanya untuk 35,000 orang golongan B40 saja.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Baca juga:
- Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500
- Cara Mohon Lesen e-Hailing Percuma 2024
- Cara Kemaskini STR 2024
- Cara Mohon eWallet RM100 Madani
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
- Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
Table of Contents
Cara Mohon Lesen Percuma 2024
Untuk mendaftar, klik melalui pautan berikut: https://docs.google.com/…/1FAIpQLSek9MDK5…/viewform
Tarikh Tutup Permohonan Lesen Percuma 2024
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)
- Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
- Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di emel : [email protected]
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi
memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan
B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta
sekiranya menyertai Program MyLesen B2
Tahun 2024?
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan
dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas
B2.
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah
Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250
c.c.)
Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen
B2 Tahun 2024?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk
ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Apakah syarat kelayakan peserta bagi
permohonan Program MyLesen B2 Tahun
2024?
Syarat-syarat Peserta:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 16 tahun dan ke atas;
c) Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
d) Sihat fizikal dan mental;
e) Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
f) Belum memiliki sebarang lesen memandu.