Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 2023 Terkini!

Bantuan warga emas RM500 – Bantuan warga emas RM500 ialah bantuan di bawah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mereka golongan warga emas. Bantuan ini diberikan setiap tahun bagi mereka yang benar-benar memerlukan

Sebelum ini jumlahnya cuma RM350, namun begitu, kini jumlah bantuan warga emas ini meningkat sehingga RM500.

Mereka yang memohon boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat yang telah pun ditetapkan.

Baca Juga Artikel Ini:

Bantuan Warga Emas RM500

Warga emas yang memohon dan memenuhi syarat akan mendapat bantuan sebanyak RM500 sebulan setiap orang.

Tujuan Bantuan Warga Emas RM500

Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan hidup.

bantuan warga emas rm500
Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 2023 Terkini! 5

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

Berikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan warga emas:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi umah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
  • Institusi kendalian JKM atau
  • Pusat jagaan harian/ kediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3- jadual kesembilan senarai perundangan.

bantuan warga emas rm500

Cara Mohon

Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Cetak borang berikut, isi maklumat yang diminta kemudian bawa bersama ke kaunter:

bantuan warga emas rm500

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Anda juga perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari: 

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Bantuan Warga Emas?

Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Jumlah Bantuan Warga Emas?

Warga emas yang memohon dan memenuhi syarat akan mendapat bantuan sebanyak RM500 sebulan setiap orang

Syarat Permohonan Bantuan?

Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan isi umah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa dan
Warga emas yang bukan tinggal di:
Institusi kendalian JKM atau
Pusat jagaan harian/ kediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

Cara Permohonan?

Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Apa Itu Skim Bantuan Kebajikan?

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan?

Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Cara Permohonan Bantuan Warga Emas?

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Leave a Comment