Jenis kod STR tidak lulus STR 2024 fasa 1 kini boleh mula disemak melalui portal rasmi STR 2024. Ramai orang yang status STR 2024 tidak lulus dan ada juga yang gagal untuk permohonan STR 2024 fasa 1 terkini.
Permohonan baru rayuan STR 2024 kini sudah mula dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia.
Tempoh masa permohonan ini dibuka bermula 29 Januari 2024.
Ramai penerima str tidak tahu kod str tidak lulus bagi tahun 2024.
Artikel Terkini:
Table of Contents
Jenis Kod STR Tidak Lulus STR 2024
Senarai kod str tidak lulus STR 2024 ialah:
Kod Alasan Tidak Lulus | Penerangan Kod Alasan Tidak Lulus |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
07 | Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa |
10 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 |
11 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewa |
12 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi |
13 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi termasuk pendapatan sewa |
14 | Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
15 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham |
16 | Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat |
17 | Pemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad |
18 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham |
19 | Pasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat |
20 | Pasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad |
21 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
22 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
23 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
24 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
25 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) |
28 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM300,000 |
31 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi |
32 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian |
33 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
34 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
35 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
38 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan |
39 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
41 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
42 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
43 | Anak meninggal dunia |
44 | Anak tidak menepati syarat kelayakan |
48 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
Jangan lupa semak kod str tidak lulus 2024 di portal rasmi STR 2024.
Tarikh Permohonan Rayuan STR 2024
Tarikh permohonan rayuan STR 2024 boleh dilakukan bermula 29 Januari 2024
Semakan Status STR 2024 Fasa 1
Cara semak status lulus str 2024 boleh dibuat seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Jangan lupa cara semakan status STR 2024 fasa 1 untuk tahu status terkini STR 2024 anda.
Permohonan baru STR 2024
Cara membuat permohonan baru STR 2024 seperti berikut.
- Layari laman web bantuanhasil.hasil.gov.my
- Kemudian, masukkan nombor MyKad pada ruangan permohonan baru.
- Klik butang Permohonan baru STR 2024
- Isi maklumat yang diperlukan
- Kemudian tekan selesai
Cara Login STR 2024 Kemaskini
Cara semakan status str 2024 fasa 1 dan kemaskini maklumat STR 2024 ialah:
- Layari laman web bantuantunai.hasil.gov.my
- Kemudian masukkan kata laluan anda dan login
- Akhir sekali pergi ke bahagian kemaskini maklumat dan kemaskini maklumat anda
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1
Pembayaran fasa pertama STR 2024 adalah 4 fasa seperti berikut:
- Fasa 1 – Februari 2024
- Fasa 2 – April 2024
- Fasa 3 – Ogos 2024
- Fasa 4 – November 2024
Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024
melalui Portal Rasmi STR?
Semakan status lulus STR 2024 boleh dibuat seperti berikut:
a. Klik log masuk MySTR
b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan Kata Laluan
e. Klik Semakan Status
f. Maklumat yang akan dipaparkan:
i. Status Permohonan
ii. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam
Proses?
Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar.
Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status
permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah
diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?
Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?
Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Apakah maksud kod str tidak lulus 2024?
Kod dan alasan gagal STR 2024.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.