eWallet RM100 2024: Cara Mohon eWallet RM100 Madani 2024

eWallet RM100 2024 atau eMADANI RM100 ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan online dan offline melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Bantuan e-Wallet RM100 2024 telah diumumkan baru-baru ini dan akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Bantuan ini merangkumi golongan B40 dan M40.

Kenapa bantuan ini diberikan kepada rakyat? Bantuan ewallet RM100 2024 diberikan kepada rakyat selepas melihat kejayaan program e-tunai kepada masyarakat.

Artikel Terkini:

eWallet RM100 2024 Cara Tebus

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE, Shopeepay, Touch n Go & Setel

  • Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE, Shopeepay, Touch n Go & Setel
  • Langkah 2: Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
  • Langkah 3: Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘Submit’
  • Langkah 4: Anda akan terima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!
ewallet rm100 2024

Dimanakah eMadani RM100 Boleh Dibelanjakan?

RM100 eMADANI hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian. RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Penebusan tunai
  • Pembayaran bil utiliti yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bayaran yuran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembelian permainan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembayaran parkir dan/atau tol yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Aktiviti berkaitan pelaburan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
  • Transaksi QR merentas sempadan

Bila Tarikh Penebusan eWallet RM100?

Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

ewallet rm100 2024
eWallet RM100 2024: Cara Mohon eWallet RM100 Madani 2024 4

Bagaimanakah cara untuk menggunakan RM100 eWallet 2024 ketika pembayaran?

Terdapat dua cara pembayaran menggunakan kod QR yang boleh dilakukan melalui aplikasi MAE. Anda boleh mengimbas kod QR peniaga atau tunjukkan kod QR anda kepada peniaga untuk diimbas melalui Scan & Pay.

Tarikh Bayaran eWallet RM100 2024

Bantuan eMadani RM100 merupakan inisiatif kerajaan perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember hingga 20 Februari 2024, membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,”

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun akan diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan.

Syarat Kelayakan eWallet RM100 2024

Syarat-syarat kelayakan terkini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Jumlah kredit eWallet RM100 2024

Jumlah yang akan diterima oleh rakyat Malaysia seperti diumumkan iaitu bernilai RM100

Bantuan yang diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

Tarikh Bayaran eWallet RM100 2024

Tarikh bayaran 4 Disember 2023.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa eTunai RM100 akan dibayar pada suku keempat tahun ini.

Apa Manfaat eWalletRM100?

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, pelaksanaan inisiatif ini merupakan usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.

Menurutnya lagi ini sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu ekonomi digital dan masyarakat tanpa tunai di samping bertujuan untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

Kelebihan e-Wallet

Tahukah anda? Penggunaan e-wallet dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan.

Perkara ini penting kerana era digitalisasi kini semakin berkembang di Malaysia. Kebanyakan kedai dan restoran juga hari ini menggunakan scan qr code untuk membuat bayaran atas talian.

Oleh itu, kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran secara atas talian.

Adakah e-wallet membantu memudahkan proses pembayaran? Jawapannya iya. e-Wallet sangat membantu dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

e-Wallet sangat membantu dan semakin popular digunakan oleh masyarakat kita.

Soalan Lazim (FAQ)


Apakah inisiatif eMADANI?

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Siapakah yang layak menerima kredit eWallet ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia; dan
Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023. 
 
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘KnowYourCustomer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat. 

Saya hanya akan mencapai umur 21 tahun pada akhir tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?

Ya, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023 adalah layak untuk program ini, tertakluk juga kepada syarat di atas.

Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?

Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment