SARA 2024: Jadual Bayaran SARA 2024

Jadual bayaran SARA 2024 untuk Sumbangan Asas Rahmah 2024 akan mula dibayar pada 22 Januari Isnin 2024. Sebanyak RM1200 dan RM600 akan diterima oleh penerima SARA mengikut kategori masing-masing.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024. Jadual bayaran SARA 2024 boleh dirujuk di bawah:

Artikel Terkini:

Jadual Bayaran SARA 2024

Penerima akan terima elaun bulanan sebanyak RM100 dan RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Jadual Bayaran SARA 2024 seperti berikut:

BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada PasanganBujang
Januari 2024RM100RM50
Februari 2024RM100RM50
Mac 2024RM100RM50
April 2024RM100RM50
Mei 2024RM100RM50
Jun 2024RM100RM50
Julai 2024RM100RM50
Ogos 2024RM100RM50
September 2024RM100RM50
Oktober 2024RM100RM50
November 2024RM100RM50
Disember 2024RM100RM50
JumlahRM1200RM600

Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024. Rujuk jadual bayaran SARA 2024 di atas.

Bantuan keperluan barangan asas akan dibayar bermula Januari sehingga Disember 2024 dengan kelayakan jumlah sebanyak RM1,200 atau RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 dan RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

jadual bayaran sara 2024

Syarat Kelayakan SARA 2024

Syarat kelayakan SARA 2024 seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada Pasangan dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/ Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Mohon SARA 2024

Tidak perlu memohon SARA 2024. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Cara Pelaksanaan SARA 2024

Kaedah pelaksanaan SARA berbeza mengikut negeri seperti berikut:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

  • Penerima akan terima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (Cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula Januari 2024 sehingga Disember 2024 secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima
  • Penerima SARA boleh untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di Pasar Raya atau Kedai Runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

  • Bayaran RM600 dan RM300 dua kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank dan secara tunai sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Nota: Alamat penerima adalah berdasarkan alamat berdaftar dalam permohonan STR 2024. Jangan lupa rujuk jadual bayaran SARA 2024.

jadual bayaran sara 2024

Jumlah Bayaran SARA Untuk Penerima Yang Layak

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran berjumlah RM1,200 atau RM600 mengikut kategori berikut:

Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bayaran RM1,200

Bujang

  • RM600
jadual bayaran sara 2024

Cara Semak Status SARA 2024

Cara Semakan SARA 2024 ialah:

Surat Pemakluman

  • Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR

Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Penerima SARA yang layak akan terima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi whatsapp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orentasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan
  • Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit pasaraya yang terpilih.

Semakan Terus Melalui Portal Rasmi

Tarikh Bayaran SARA 2024

Pembayaran pertama SARA 2024 bermula 22 Januari 2024. Manakala bayaran kedua Februari 2024 akan disalukan ke akaun MyKad penerma pada 1 hari bulan setiap bulan. Rujuk jadual bayaran SARA 2024 di bawah.

Barangan Keperluan Asas SARA 2024

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi Segera
  • Minuman
  • Makanan Dalam Tin
  • Bahan Perasa
  • Produk Kebersihan
  • Ubat-Ubatan
  • Barangan Persekolahan
jadual bayaran sara 2024

Jadual bayaran SARA 2024 dibayar bermula Januari sehingga Disember 2024.

Cara Beli Barangan Dapur SARA 2024

Cara beli barangan keperluan seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
  • Imbas Kod Barangan
  • Bayar Menggunakan MyKad
  • Simpan Resit Untuk Semakan

Cara Semak Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

Jadual bayaran SARA 2024 seperti berikut:

jadual bayaran sara 2024

Jadual bayaran SARA 2024 ini sah sehingga Disember 2024.

Maklumat Lanjut SARA 2024

Anda boleh layari portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my/

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada
penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar
eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas Tiada Pasangan; dan
iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data
eKasih di bawah Unit Penyelarasan

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan
selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas
terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala
bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima
pada 1 hari bulan setiap bulan

Apakah barangan keperluan asas yang boleh saya beli?

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera,
minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan
dan barangan persekolahan.

Jadual Bayaran SARA 2024?

Anda boleh rujuk jadual bayaran SARA 2024 seperti di atas.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment