STR 2024: Cara Mohon STR 2024 Untuk Rakyat Malaysia

Cara Mohon STR 2024 kini sudah mula dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia. Permohonan STR 2024 ini dibuka sepanjang tahun 2024. Bagaimana cara mohon STR 2024?

Para pemohon boleh untuk mengemaskini dan membuat permohonan baharu bagi mereka yang baru memohon.

Artikel Terkini:

Cara Mohon STR 2024

Cara mohon STR 2024 seperti berikut.

  • Layari laman web bantuanhasil.hasil.gov.my
  • Kemudian, masukkan nombor MyKad pada ruangan permohonan baru.
  • Klik butang Permohonan baru STR 2024
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Kemudian tekan selesai
cara mohon str 2024

Cara Login STR 2024 Kemaskini

Cara semakan dan kemaskini maklumat STR 2024 ialah:

  • Layari laman web bantuantunai.hasil.gov.my
  • Kemudian masukkan kata laluan anda dan login
  • Akhir sekali pergi ke bahagian kemaskini maklumat dan kemaskini maklumat anda

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Pembayaran fasa pertama STR 2024 adalah 4 fasa seperti berikut:

  • Fasa 1 – Februari 2024
  • Fasa 2 – April 2024
  • Fasa 3 – Ogos 2024
  • Fasa 4 – November 2024

Soalan Lazim (FAQ

Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?

Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023

Di manakah saya boleh menghantar Borang Permohonan STR yang telah
lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan?

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan
boleh:

a. Diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi
Bandar (UTC) HASiL; atau
b. Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima
ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Atau

Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Apakah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan
STR 2024?

Berikut adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan
STR 2024:

a. Pemohonan Baharu;
b. Kemas Kini Permohonan;
c. Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan; dan
d. Perubahan Maklumat Asas Permohonan

Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti
berikut:
a. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
b. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
c. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan
/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment