Akaun 3 KWSP: Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP 2024 Terkini

Cara pengeluaran akaun 3 KWSP 2024 atau Akaun Fleksibel KWSP 2024 boleh dilakukan bermula 12 Mei 2024. Namun begitu, ahli perlu memindahkan dulu jumlah duit daripada akaun 2 kepada akaun 3 KWSP. Pengeluaran KWSP akaun 3 tidak dapat dilaksanakan sekiranya akaun 3 tidak mempunyai baki amaun.

Akaun 3 KWSP 2024 telah diumumkan penstrukturan semula oleh Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) berkuatkuasa 11 Mei 2024. Tujuannya untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

KWSP telah memperkenalkan tiga akaun baharu iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Cara pengeluaran akaun 3 KWSP 2024 seperti berikut:

Artikel Terkini:

Table of Contents

Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP 2024 Terkini

Pengeluaran akaun 3 KWSP 2024 hanya boleh dilakukan setelah anda melakukan pemindahan daripada akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke akaun 3 (Akaun Fleksibel).

Pengeluaran akaun 3 KWSP hanya boleh dikeluarkan setelah akaun 3 anda mempunyai baki.

Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP 2024 dikongsikan di bawah.

Akaun 3 KWSP 2024

Pada 11 Mei 2024, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Baki dalam akaun 1 dan akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Pecahan Peratus Akaun KWSP 2024

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut:

  • Akaun Persaraan: 75%
  • Akaun Sejahtera: 15%
  • Akaun Fleksibel: 10%
cara pengeluaran akaun 3 kwsp 2024

Antara 11 Mei sehingga 31 Ogos, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (dulu dikenali sebagai akaun 2) sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.

cara pengeluaran akaun 3 kwsp 2024

Sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tidak ada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam akaun sejahtera.

cara pengeluaran akaun 3 kwsp 2024

Akaun Fleksibel KWSP 2024

Akaun fleksibel atau akaun 3 kwsp 2024 akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaann.

Sekiranya ahli membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun-akaun yang lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.

Di bawah cara pindaan akaun 3 kwsp 2024.

Cara Pindahan Akaun KWSP Mengikut Pecahan

Baki Dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam akaun sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel
  • Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam akaun sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan dan
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera

Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel
  • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera

Tujuan perbezaan dalam kaedah pengagihan aalah untuk membolehkan ahli yang mempunyai baki simpanan yang rendah turut mempunyai jumlah permulaan yang bermakna dalam Akaun Fleksibel mereka.

cara pengeluaran akaun 3 kwsp 2024

Pindahan Ke Akaun Fleksibel

Ahli hanya boleh membuat pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel atau akaun 3 kwsp 2024 sebanyak 1 kali sahaja bermula 11 Mei sehingga 31 Ogos 2024, di mana selepas ini pilihan ini tidak boleh dibatalkan.

Ahli yang ingin memanfaatkan pilihan ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Cara pengeluaran akaun 3 kwsp 2024 dikongsikan di bawah.

Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP 2024

Cara pengeluaran akaun 3 KWSP 2024:

  • Login I-Akaun
  • Klik Pengeluaran
  • Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  • Pilih Jenis Pengeluaran anda
  • Klik Akaun Fleksibel
  • Jumlah yang anda boleh keluarkan tertera di bahagian kanan atas ” Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  • Klik “Keluarkan Sekarang”

Anda tidak boleh mengeluarkan PENGELUARAN sekiranya anda tidak mempunyai baki dalam Akaun 3.

Cara Pengeluaran Akaun Fleksibel

  • Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa.
  • Amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.
  • Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dilakukan.

Tarikh Kemaskini Akaun KWSP

Ahli boleh mengakses sistem pada 12 Mei 2024.

akaun 3 kwsp

Maklumat Lanjut

Ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi kwsp atau melalui KWSP i-Akaun untuk info lanjut cara pengeluaran akaun 3 kwsp 2024.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment