Cara daftar MySTR 2024 sangat mudah dan penting bagi mereka yang ingin membuat permohonan baru STR tahun 2024.
Untuk melakukan kemaskini akaun STR anda, anda perlu untuk mendaftar akaun MySTR.
Cara daftar MySTR 2024 kami kongsikan kepada anda.
Baca juga: Cara semakan permohonan MyKid Online Terkini
Table of Contents
Cara Daftar MySTR 2024
Cara Masuk MySTR Bagi Yang Ada Akaun
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih log masuk
- Masukkan nombor MyKad (12 digit)
- Klik butang semak
- Jika maklumat pemohon telah didaftarkan, paparan kata laluan akan dipaparkan.
- MySTR akan dipaparkan jika pemohon berjaya log masuk
Cara Daftar Akaun Baru MySTR 2024
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih log masuk
- Masukkan nombor MyKad (12 digit)
- Klik butang semak
- Jika maklumat pemohon belum didaftarkan, paparan butang Daftar Akaun akan dipaparkan
- Masukkan kata kunci keselamatan
- Pilih 5 soalan keselamatan dan isi jawapan di ruangan jawapan
- Klik butang TERUSKAN
- Kemudian pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan
- Klik butang Teruskan
- Masukkan kata laluan dan pengesahan kata laluan
- Klik butang Daftar
- Selepas akaun telah berjaya didaftarkan, klik butang Log Masuk
Log Masuk MySTR
Ini cara log masuk MySTR bagi yang tidak wujud akaun MySTR dan belum membuat permohonan baharu:
- Masukkan nombor Mykad (12 digit)
- Klik butang semak
- Jika maklumat pemohon tiada rekod bagi Permohonan Baharu STR, paparan butang Permohonan Baharu STR 2024 akan dipaparkan
- Klik butang Permohonan Baharu STR 2024, pemohon perlu membuat permohonan baharu dan hantar
- Selepas klik butang Permohonan Baharu STR 2024, masukkan Maklumat di boring pemohonan STR
- Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang sahkan captcha
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohonan boleh klik butang Ya jika ingin mendaftar akaun MySTR bagi tujuan kemaskini/ Semakan Status Permohonan
Cara daftar mystr 2024 cukup mudah dan senang. Selamat mencuba dan melakukan kemaskini maklumat anda.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah fungsi MySTR?
MySTR digunakan oleh pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan STR
2024 serta pemohon baharu dengan fungsi seperti berikut:
a. Permohonan Baharu
b. Kemas Kini Permohonan
c. Permohonan Rayuan
d. Perubahan Maklumat Asas Permohonan
e. Semakan Status Permohonan
f. Cetakan Permohonan
g. Tukar Kata Laluan
h. Maklum Balas
i. Peti Mel
Adakah semua pemohon STR perlu mendaftar semula MySTR?
Tidak. Pendaftaran MySTR perlu dibuat semula sekiranya anda tidak Lulus STR
2023 dan ingin membuat permohonan baharu STR 2024.
Saya telah memasukkan Nombor MyKad pada Log Masuk STR, tetapi
paparan adalah “Tiada Rekod”. Apakah yang perlu saya buat?
Mesej berkenaan dipaparkan kerana nombor MyKad anda:
a. Belum membuat Permohonan Baharu STR; atau
b. Permohonan Baharu STR yang dikemukakan kepada Pejabat HASiL belum
diambil tindakan oleh Pejabat HASiL.
Anda perlu membuat Permohonan Baharu STR sekiranya masih belum
kemukakan Borang STR 2024.
Saya telah memasukkan Nombor MyKad pada Log Masuk STR dan paparan
adalah “ID Pengenalan belum didaftarkan. Sila klik Daftar Akaun untuk
mendaftar akaun MySTR”, apakah yang perlu saya buat?
Mesej berkenaan dipaparkan merujuk kepada nombor MyKad anda telah wujud
dalam maklumat STR tetapi anda masih belum mendaftar akaun MySTR. Oleh
itu, pendaftaran MySTR.
Bagaimana cara untuk log masuk MySTR setelah saya berjaya membuat
pendaftaran MySTR?
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MySTR, Log Masuk MySTR
adalah seperti berikut:
a. Klik Log Masuk STR
b. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
c. Klik Butang Semak
d. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
e. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
f. Klik Log Masuk