Cara daftar CIMB Octo 2024 bagi menggantikan aplikasi CIMB Clicks yang akan diberhentikan operasi 11 Jun 2024. Ini panduan lengkap login dan cara daftar cimb octo 2024.
Bagi pengguna CIMB di Malaysia, aplikasi perbankan CIMB Clicks akan dihentikan operasi pada 11 Jun 2024 dan akan digantikan dengan aplikasi terbaru yang dijangkakan akan lebih efesien dan memudahkan urusan transaksi iaitu CIMB Octo.
Cara daftar cimb octo 2024.
Artikel Terkini:
Table of Contents
Cara Daftar CIMB OCTO 2024
Walaupun pengguna telah mendaftar di CIMB Clicks, pengguna juga perlu mendaftar di CIMB Octo sebelum boleh melakukan sebarang aktiviti perbankan. Cara daftar cimb octo 2024. Ikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan akaun CIMB Octo anda:
1. Muat turun Aplikasi CIMB Octo dari Apple App Store/Google Play Store/Galeri Aplikasi Huawei. Kemudian;
2. Untuk pengguna CIMB Click sedia ada, masukkan ID Pengguna di ruang yang disediakan. Kemudian;
3. Masukkan kata laluan di ruang berikutnya. Kemudian;
4. Anda perlu mengisi nama untuk peranti yang anda sedang gunakan. Seterusnya;
5. Anda diberi peluang untuk menetapkan beberapa ciri yang terdapat di dalam aplikasi ini seperi pembayaran pantas, sekuriti biometric dan tetapan notifikasi. Kemudian;
6. Tekan ‘Agree and Continue’ sebagai tanda persetujuan terhadap terma dan syarat yang ditetapkan oleh aplikasi CIMB Octo;
7. Sekiranya anda membenarkan ciri “Quick Payment”, anda perlu menetapkan had pembayaran untuk “Quick Payment” di langkah ini. Kemudian;
8. Anda dikehendaki untuk “Request TAC” dan isikan nombor yang diterima pada ruang yang disediakan. Kemudian;
9. Setelah anda berjaya masuk ke laman utama aplikasi, anda diminta untuk melengkapkan proses tetapan aplikasi di mana anda perlu menetapkan sekuriti kata laluan 6 digit. Kemudian;
10. Ikuti arahan berikutnya untuk menulis semula sekuriti kata laluan dan TAC Approval sebagai langkah akhir.
11. Setelah semua langkah ini selesai, CIMB Octo memerlukan tempoh 12 jam untuk membuat pengesahan pendaftaran kemudian barulah anda boleh menggunakan semua ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi CIMB Octo.
Apa itu CIMB Octo?
CIMB Octo adalah aplikasi perbankan CIMB yang baru dan akan menggantikan aplikasi CIMB Clicks sedia ada yang mana ia akan menjadikan urusan perbankan anda menjadi lebih mudah. Buat masa ini, aplikasi CIMB Clicks tidak lagi tersedia untuk dimuat turun.
Dengan CIMB Octo, ia akan membantu untuk menguruskan kewangan anda dengan cepat dan selamat. Ia turut memberikan pengalaman perbankan yang sesuai dengan keperluan setiap pengguna.
Ciri-Ciri CIMB Octo
CIMB Octo diwujudkan untuk menggantikan CIMB Clicks di mana ia menjanjikan lebih banyak ciri-ciri baru yang dapat memudahkan pengguna. Berikut adalah ciri-ciri baru yang boleh digunakan oleh pengguna melalui CIMB Octo:
1. Personalized Homescreen – Anda boleh menyusun atur laman utama aplikasi anda dengan ciri-ciri yang anda ingin paparkan bagi memudahkan setiap urusan anda
2. Lebih Efisien – Urusan perbankan anda lebih mudah dan laju kerana ada ‘smart features’ serta ‘shortcut’ dan ‘Navigation bar’
3. Had Transaksi – Anda boleh mengatur dan mengubah had transaksi anda menggunakan CIMB Octo di mana sahaja anda berada
4. Menjadualkan transaksi – Lupa untuk membayar bil? Jangan risau, dengan ciri-ciri baru CIMB Octo, anda boleh menjadualkan transaksi anda supaya tiada lagi bayaran yang tertinggal
Ciri-Ciri AKAN DATANG!
CIMB Octo akan sentiasa menaik taraf ciri-ciri yang diwujudkan di dalam aplikasi tersebut. Dalam masa terdekat, CIMB Octo akan melancarkan beberapa ciri yang baru di mana ia akan memberi manfaat kepada pengguna. Cara daftar cimb octo 2024. Berikut adalah ciri-ciri baru yang AKAN disediakan oleh CIMB Octo:
- Peringatan Pintar (Smart Reminder)
- Pembantu Perbankan Pribadi (Personalized Banking Assistant)
- Pengurusan Kewangan (Financial Management)
- Matlamat dan Simpanan (Goals and Saving)
- Pelaburan (Investment)
Cara Muat Turun CIMB Octo
Semua pengguna digalakkan untuk mula memuat turun aplikasi CIMB Octo sebelum 11 Jun 2024 bagi memudahkan semua urusan perbankan. Cara daftar cimb octo 2024.
CIMB Octo memerlukan tempoh 12 jam selepas pendaftaran untuk membuat pengesahan pengguna. Oleh itu, pendaftaran sebelum aplikasi CIMB Clicks dihentikan adalah untuk memastikan urusan perbankan anda tidak tergendala.
Semua pengguna boleh memuat turun aplikasi CIMB Octo dari Apple App Store, Google Play Store atau Galeri Aplikasi Huawei hari ini untuk cara daftar cimb octo 2024.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.