Bonus Raya Aidilfitri 2024 RM1500 Untuk Penjawat Awam Johor

Bonus raya aidilfitri 2024 RM1500 untuk penjawat awam Johor akan diberikan kepada seluruh penjawat awam di negeri Johor.

Artikel Terkini:

Bonus Raya Aidilfitri 2024 RM1500

Kerajaan Johor akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 untuk seluruh penjawat awam di negeri Johor.

Menurut Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor, menjelaskan Bantuan Khas Kewangan ini akan memberi manfaat kepada 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun negeri.

bonus raya aidilfitri 2024 rm1500
Bonus Raya Aidilfitri 2024 RM1500 Untuk Penjawat Awam Johor 3

Bantuan khas kewangan ini akan dibayar sebelum Aidilfitri.

Kerajaan negeri juga bersetuju unuk menimbal guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024 diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan Badan Berkanun Negeri.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan BIA tahun 2024 ini akan dijadikan sebagai pemangkin kepada perkhidmatan lebih cemerlang.

Sumber: Berita

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment