Bayaran STR Fasa 3 2024 atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima Ogos 2024 ini. Semak jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut kategori.
Sumbangan Tunai Rahmah ialah bantuan kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah dan untuk mereka yang berkelayakan dengan syarat-syarat permohonan.
Semakan str fasa 3 seperti berikut:
Artikel Terkini:
Table of Contents
Bayaran STR Fasa 3 2024
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:
Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500
Bilangan Anak | Jumlah STR 2024 |
0 Anak | RM1,000 |
1-2 Anak | RM1,500 |
3-4 Anak | RM2,000 |
> 5 Anak | RM2,500 |
Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
Bilangan Anak | Jumlah STR 2024 |
0 Anak | RM500 |
1 – 2 Anak | RM750 |
3 – 4 Anak | RM1,000 |
> 5 Anak | RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun
Jumlah STR 2024 | RM600 |
Bujang Berpendapatan < RM2,500 ( Berumur 21 – 59 tahun)
Jumlah STR 2024 | RM350 |
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024
Bayaran STR Fasa 3 2024 dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos ini.
Semakan bayaran str fasa 3 2024 boleh dilakukan atas talian.
Bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
Mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran. Jangan lupa semakan str fasa 3.
Semakan Status STR Fasa 3 2024
Semakan status STR Fasa 3 boleh disemak di Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Cara Semakan Status STR Fasa 3 Online
Cara semakan status STR Fasa 3 online:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat mengenai semakan str fasa 3 2024 anda boleh layari laman web rasmi di:
- Portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pejabat Hasil: 1-800-88-2747
- Hadir ke Pejabat Hasil Berhampiran
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada
golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan
memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula
subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai
kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.
Siapakah yang layak memohon STR 2024?
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
d) Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
e) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bagaimanakah kaedah bayaran STR 2024 dilaksanakan?
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
i. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a) Tiada maklumat akaun bank
b) Status pengkreditan gagal kredit
Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?
Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang
tahun.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.