Tips lembutkan daging yang wajib anda cuba di rumah. Peti ais penuh dengan daging korban sebab tak pandai nak lembutkan daging? 5 tips mudah wajib cuba boleh dibuat oleh ibu-ibu di rumah.
Kita baru sahaja lepas meraikan Hari Raya Aidiladha dan mesti ramai yang dapat daging korban kan? Selalunya lebih mudah kalau gunakan periuk tekanan sahaja. Tapi tak semua rumah mempunyai ‘pressure cooker’.
Lebih-lebih lagi kalau anda adalah student ataupun pengantin baru yang hidup berdua. Tak berbaloi nak guna periuk tekanan untuk portion yang kecil. Tapi jangan risau, ada beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk lembutkan daging.
Tips yang kami kongsikan ini memang terbukti keberkesanannya dan memang masih diamalkan oleh mak-mak di zaman kini.
Artikel Terkini
Table of Contents
Tips Lembutkan Daging Tanpa Menggunakan Periuk Tekanan
Masukkan Sudu
Bunyi macam tak logik, tapi ini adalah tips turun temurun yang mudah dan kerap dilakukan untuk melembutkan daging.
Anda cuma perlu masukkan sebatang sudu/garfu stainless steel ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Kaedah ini memang berhasil melembutkan daging. Walaupun masih tidak ada penjelasan saintifik mengenai kaedah ini, tetapi ramai beranggapan bahwa sudu ini mengeluarkan sebatian besi atau kromium yang berfungsi untuk melembutkan daging.
Ada juga yang pendapat yang percaya bahawa sudu yang dimasukkan ini dipercayai dapat meningkatkan suhu dalam periuk dan menyebabkan daging lebih mudah lembut. Cara ini patut dicuba bagi pemula yang baru berjinak-jinak untuk merebus daging.

Gunakan Serbuk Penaik
Selain itu, anda juga boleh gunakan baking soda untuk melembutkan daging anda tips lembutkan daging keuda. Caranya mudah sahaja, perapkan baking soda bersama daging anda sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas dengan bersih sebelum masak.
Gunakan Bahan Berasid
Untuk pengetahuan anda, asid membantu untuk memecahkan dan melembutkan struktur daging yang keras.
Anda boleh merendam daging dalam perapan yang dibuat daripada cuka, jus lemon, jus limau atau yogurt. Bahan-bahan ini boleh melembutkan protein daripada daging yang liat.
Namun, jangan biarkan daging direndam terlalu lama dengan rendaman ini kerana ia berpotensi menyebabkan daging anda hancur kerana struktur protein daging menjadi terlebih lembut.
Cukup rendam daging di dalam rendaman ini dalam tempoh 30 minit hingga maksimum 2 jam sahaja untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Perap Daging Bersama Enzim
Tips lembutkan daging keempat ialah perap daging bersama enzim. Seperti yang kita ketahui, ada beberapa buah yang memiliki enzim yang boleh berfungsi untuk melembutkan daging. Oleh itu, anda boleh perap daging bersama buah yang mengandungi enzim ini untuk melembutkan daging.
Caranya cukup mudah, anda hanya perlu mengisar buah-buahan yang mengandungi enzim ini seperti buah betik muda, buar pir, kiwi dan nanas.
Caranya sangat ringkas, anda hanya perlu kisar salah satu buah-buahan ini dan perap daging bersama hasil kisaran buah. Tetapi sekiranya anda menggunakan buah nanas – JANGAN PERAP TERLALU LAMA!

Kandungan bromelain di dalam nanas boleh menyebabkan daging anda menjadi terlalu lembik.
Hiris Melawan Urat
Kaedah mungkin kedengaran cliché untuk sebahagian orang, tapi kaedah ini adalah kaedah turun-temurun yang memang dijamin keberhasilannya.
Jangan sesekali memotong daging mengikut alur urat atau serat daging kalau anda tak nak daging anda keras dan liat.
Potong daging berlawanan dengan arah urat daging dan sebaiknya ia dipotong dengan potongan yang agak nipis agar lebih mudah lembut.
Begitulah tips lembutkan daging yang kelima

Kongsikan Tips Anda
Berikut adalah tips lembutkan daging yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan daging yang lebih lembut walaupun anda tidak mempunyai periuk tekanan dirumah. Setiap keluarga mesti mempunyai kaedah tersediri untuk melembutkan daging.
Kongsikan petua anda kepada kami di ruangan komen agar lebih ramai dapat menerima manfaat!
Betul ke boleh lembutkan daging guna sudu?
Ya, kita boleh lembutkan daging guna sudu.
Cara potong daging lembu?
Potong daging berlawanan dengan arah urat daging dan sebaiknya ia dipotong dengan potongan yang agak nipis agar lebih mudah lembut.
Cara lembutkan daging guna serbuk penaik?
Selain itu, anda juga boleh gunakan baking soda untuk melembutkan daging anda tips lembutkan daging keuda. Caranya mudah sahaja, perapkan baking soda bersama daging anda sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas dengan bersih sebelum masak.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.