Bantuan rakyat 2024 telah diumumkan dan akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Bantuan Tunai rakyat 2024 ini merupakan antara bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan 2024.
Apa antara bantuan tunai rakyat 2024 yang diberikan? Siapa yang layak dapat bantuan ini? Rujuk senarai bantuan tunai 2024 di bawah.
Artikel Terkini:
- Cara Semak Status Lulus STR 2024
- Permohonan Lesen Percuma 2024
- Permohonan Lesen e-Hailing Percuma 2024
Table of Contents
7 Jenis Bantuan Rakyat 2024
Senarai bantuan rakyat 2024 untuk rakyat ialah:
- Bantuan Awal Persekolahan RM150
- Keperluan Asas Barang Dapur RM1200 B40
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR sehingga RM2500 B40
- Bantuan Khas RM2000 Penjawat Awam
- Bantuan Khas RM1000 Pesara & Anggota Beruniform
- Bantuan Khas RM700 Guru Agama, Imam, Bilal, Siak
- Bantuan Skim Perubatan Madani
Bantuan Awal Persekolahan RM150
Bayaran bantuan rakyat 2024 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2024 sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.
Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah.
Keperluan Asas Barang Dapur (SARA) RM1200 B40
Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat bantuan rakyat 2024 Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Sebelum ini penerima bantuan Sara hanya diberikan bantuan ini selama 6 bulan sahaja. Namun pada tahun 2024, penerima akan mendapat bantuan ini selama 12 bulan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM2500 B40
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bantuan rakyat 2024 adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup
Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun
Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 (kecuali warga emas dan penduduk pendalaman Sabah/Sarawak)
Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024.
Bantuan Khas Penjawat Awam RM2000
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bantuan rakyat 2024 bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
Bantuan Khas Pesara & Unit Beruniform RM1000
Bantuan rakyat 2024 RM1000 untuk Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).
Bantuan Khas RM700 Guru Agama, Imam, Bilal & Siak
Kerajaan bersetuju memberi sumbangan khas RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti.
Bantuan Skim Perubatan Madani
Skim Perubatan MADANI adalah sebuah skim kesihatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd bagi golongan B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan mereka terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Tarikh Bayaran Setiap Bantuan Tunai 2024
Tarikh bayaran & jumlah bayaran senarai bantuan tunai 2024 seperti berikut:
Bil | Jenis Bantuan | Tarikh Bayaran | Jumlah Bayaran |
1 | Bantuan Awal Persekolahan | Januari 2024 | RM150 |
2 | Keperluan Asas Barang Dapur (SARA) | Januari 2024 | RM1200 (Rm100 Setiap Bulan) |
3 | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Februari 2024 | Fasa 1 Minimum RM500 (Mengikut Kategori) |
4 | Bantuan Khas Penjawat Awam | Februari 2024 | RM2000 |
5 | Bantuan Khas Pesara & Unit Beruniform | Februari 2024 | RM1000 |
6 | Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, Siak | Januari 2024 | RM700 |
7 | Bantuan Skim Perubatan Madani | Januari 2024 | (Mengikut Kategori) |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan senarai bantuan 2024 ini anda bolehlah merujuk kepada belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Semak senarai bantuan tunai 2024 di bawah:
Soalan Lazim (FAQ)
Apa Senarai Bantuan Tunai 2024?
Senarai bantuan tunai 2024 ialah senarai bantuan tunai yang akan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat berdasarkan pengumuman bantuan dalam belanjawan 2024 baru-baru ini.
Siapa layak dapat bantuan tunai 2024?
Setiap kelayakan adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan syarat-syarat permohonan bagi setiap kategori bantuan.
Bila tarikh bayaran bantuan tunai 2024?
Tarikh bayaran bantuan tunai 2024 juga berdasarkan kepada tarikh tetap yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan. Sama-sama kita nantikan spesifikasi tarikh yang akan diumumkan kelak.
Macam mana nak mohon bantuan tunai 2024?
Syarat permohonan berdasarkan kepada syarat-syarat permohonan bantuan bagi setiap kategori. Sekiranya anda melepasi syarat tersebut, anda layak untuk mendapat bantuan tunai 2024.
Bila bulan bayaran bantuan tunai 2024?
Menurut pengumuman, bantuan tunai 2024 akan dibayar sekitar bulan januari dan februari 2024.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.