Bantuan Rakyat 2024: 7 Jenis Bantuan Tunai 2024

Bantuan rakyat 2024 telah diumumkan dan akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Bantuan Tunai rakyat 2024 ini merupakan antara bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan 2024.

Apa antara bantuan tunai rakyat 2024 yang diberikan? Siapa yang layak dapat bantuan ini? Rujuk senarai bantuan tunai 2024 di bawah.

Artikel Terkini:

7 Jenis Bantuan Rakyat 2024

Senarai bantuan rakyat 2024 untuk rakyat ialah:

  • Bantuan Awal Persekolahan RM150
  • Keperluan Asas Barang Dapur RM1200 B40
  • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR sehingga RM2500  B40
  • Bantuan Khas RM2000 Penjawat Awam
  • Bantuan Khas RM1000 Pesara & Anggota Beruniform
  • Bantuan Khas RM700 Guru Agama, Imam, Bilal, Siak
  • Bantuan Skim Perubatan Madani

Bantuan Awal Persekolahan RM150

Bayaran bantuan rakyat 2024 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2024 sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.

Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Keperluan Asas Barang Dapur (SARA) RM1200 B40

Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat bantuan rakyat 2024 Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Sebelum ini penerima bantuan Sara hanya diberikan bantuan ini selama 6 bulan sahaja. Namun pada tahun 2024, penerima akan mendapat bantuan ini selama 12 bulan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM2500 B40

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bantuan rakyat 2024 adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup

Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun

Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 (kecuali warga emas dan penduduk pendalaman Sabah/Sarawak)

Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024.

bantuan rakyat 2024

Bantuan Khas Penjawat Awam RM2000

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bantuan rakyat 2024 bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Bantuan Khas Pesara & Unit Beruniform RM1000

Bantuan rakyat 2024 RM1000  untuk  Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

bantuan rakyat 2024

Bantuan Khas RM700 Guru Agama, Imam, Bilal & Siak

Kerajaan bersetuju memberi sumbangan khas RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti. 

Bantuan Skim Perubatan Madani

Skim Perubatan MADANI adalah sebuah skim kesihatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd bagi golongan B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan mereka terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Tarikh Bayaran Setiap Bantuan Tunai 2024

Tarikh bayaran & jumlah bayaran senarai bantuan tunai 2024 seperti berikut:

BilJenis BantuanTarikh BayaranJumlah Bayaran
1Bantuan Awal Persekolahan Januari 2024RM150
2Keperluan Asas Barang Dapur (SARA)Januari 2024RM1200 (Rm100 Setiap Bulan)
3Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Februari 2024Fasa 1 Minimum RM500
(Mengikut Kategori)
4Bantuan Khas Penjawat AwamFebruari 2024RM2000
5Bantuan Khas Pesara & Unit BeruniformFebruari 2024RM1000
6Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, SiakJanuari 2024RM700
7Bantuan Skim Perubatan Madani Januari 2024(Mengikut Kategori)

bantuan rakyat 2024
Bantuan Rakyat 2024: 7 Jenis Bantuan Tunai 2024 5

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan senarai bantuan 2024 ini anda bolehlah merujuk kepada belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Semak senarai bantuan tunai 2024 di bawah:

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Senarai Bantuan Tunai 2024?

Senarai bantuan tunai 2024 ialah senarai bantuan tunai yang akan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat berdasarkan pengumuman bantuan dalam belanjawan 2024 baru-baru ini.

Siapa layak dapat bantuan tunai 2024?

Setiap kelayakan adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan syarat-syarat permohonan bagi setiap kategori bantuan.

Bila tarikh bayaran bantuan tunai 2024?

Tarikh bayaran bantuan tunai 2024 juga berdasarkan kepada tarikh tetap yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan. Sama-sama kita nantikan spesifikasi tarikh yang akan diumumkan kelak.

Macam mana nak mohon bantuan tunai 2024?

Syarat permohonan berdasarkan kepada syarat-syarat permohonan bantuan bagi setiap kategori. Sekiranya anda melepasi syarat tersebut, anda layak untuk mendapat bantuan tunai 2024.

Bila bulan bayaran bantuan tunai 2024?

Menurut pengumuman, bantuan tunai 2024 akan dibayar sekitar bulan januari dan februari 2024.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment