STR Fasa 2 Semakan Status & Jumlah Bayaran Mulai 3 April 2024

Terkini bayaran STR fasa 2 2024 dibayar bermula 3 sehingga 9 April 2024. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan dibayar pada 3 April kepada semua penerima yang berdaftar. Semak tarikh bayaran, semakan status dan jumlah bayaran STR fasa 2 terkini.

Pembayaran STR Fasa 2 ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Pihak Kementerian Kewangan juga berkongsi secara rasmi pengumuman tarikh dan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR 2 di laman sosial mereka.

Artikel Terkini:

Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 2

Sumbangan Tunai Rahmah ialah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri golongan miskin, B40 dan M40. Bayaran STR Fasa 2 mengikut kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang.

STR akan membantu dan meringankan beban hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan yang disediakan hampir 8 bilion.

Kerajaan akan memberikan sumbangan tunai rahmah STR kepada golongan yang memerlukan mengikut kelayakan syarat Sumbangan Tunai Rahmah.

STR Fasa 2 Semakan Status & Jumlah Bayaran Mulai 3 April 2024 10

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Terkini tarikh bayaran STR fasa 2 bermula 3 sehingga 9 April 2024.

Pengumuman tarikh bayaran STR ni juga diumumkan oleh Kementerian Kewangan secara rasmi.

str fasa 2
STR Fasa 2 Semakan Status & Jumlah Bayaran Mulai 3 April 2024 11

Semakan Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Jumlah bayaran STR Fasa 2 seperti yang ditetapkan bagi tahun 2024 seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM150-RM650

Pendapatan Isi Rumah: RM2,501 – RM5,000

  • RM100-RM300

Warga Emas Bujang

  • RM150

Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

  • RM100
str fasa 2

Sumbangan Tunai Rahmah ialah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga dan warga emas.

str fasa 2
STR Fasa 2 Semakan Status & Jumlah Bayaran Mulai 3 April 2024 12

Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024

Kadar tambahan STR juga ditambah dengan Sumbangan Asas Rahmah SARA kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

str fasa 2
STR Fasa 2 Semakan Status & Jumlah Bayaran Mulai 3 April 2024 13

Bagi penerima STR berstatus miskin dan miskin tegar di bawah ekasih atau JKM akan menerima sumbangan RM1200 untuk kategori isi rumah dan RM600.

Untuk penerima isi rumah STR dan bukan berstatus miskin dan miskin tegar di bawah ekasih atau JKM akan menerima bayaran RM300.

Penerima bujang & warga emas tiada pasangan STR dan bukan berstatus miskin dan miskin tegar di bawah ekasih atau JKM akan menerima bayaran RM150.

Notis Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 2 BSN

Berikut pengumuman Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 2 dikeluarkan oleh BSN:

str fasa 2

Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2024

Menurut Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2024, jumlah bantuan STR 2024 seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • Rm2,500: 5 anak atau lebih
  • RM2,000: 3-4 Anak
  • RM1,500: 1 – 2 anak
  • RM1,000: Tiada Anak

Pendapatan Isi Rumah: RM2,501 – RM5,000

  • RM1,250: 5 anak atau lebih
  • RM1,000: 3 – 4 anak
  • RM750: 1 – 2 anak
  • RM500: Tiada Anak

Warga Emas Bujang

  • RM600

Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

  • RM350

Kaedah Pembayaran STR Fasa 2

  • Dikreditkan ke akaun bank penerima STR
  • Pembayaran dikreditkan ke Akaun bank penerima atau pasangan
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
str fasa 2

Nota tambahan: Pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank dan status pengkreditan gagal kredit. STR fasa 2 2024 jumlah bayaran dikongsikan.

Cara Semak Status Fasa 2

STR fasa 2 semakan status 2024 boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
str fasa 2

Lupa Kata Laluan STR

Berikut langkah yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password STR:

  • Layari laman web MYSTR
  • Klik terlupa kata laluan
  • Masukkan nombor Mykad 12 digit dan klik “semak”
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “seterusnya”
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “ya”
  • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “seterusnya”
  • Masukkan kata laluan baru dan pengesahan katan kata laluan. Kemudian klik “tukar kata laluan”
  • Anda akan menerima notifikasi penukaran ID pemohon berjaya.

Sekiranya terlupa dan gagal menjawab soalan keselamatan sebanyak 3 kali, ID MYSTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Orang awam perlu sentiasa berhati-hati dengan pautan tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk informasi mengenai STR.

Maklumat Tambahan

Layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment