Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025

Semakan Temuduga UPU Online Sesi 2024 2025 boleh dilakukan bermula 16 Mei 2024. Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengeluarkan tarikh bagi semakan panggilan temuduga dan/atau ujian bagi program pengajian bukan pendidikan bagi lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2024/2025.

Calon yang telah memilih program pengajian yang bertemuduga dan/atau ujian diminta untuk melayari URL universiti awam seperti pilihan mereka untuk membuat semakan bermula 16 MEI 2024.

Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025.

Artikel Terkini:

Semakan Temuduga UPU Online Sesi 2024 2025

Pelajar boleh mendapatkan pautan untuk Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025 berdasarkan universiti, di bawah:

1) UPSI: https://kemasukan.upsi.edu.my/

2) UTHM: https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/

3) UITM: https://online.uitm.edu.my

4) UMS: https://smp.ums.edu.my/SemakanUMS

5) UKM: https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah

6) UM: https://kemasukan.um.edu.my

7) UPM: http://intake.upm.edu.my/temuduga

8) USIM: https://etasjil.usim.edu.my

9) USM: https://pohon.usm.my

10) UTM: https://jpt.utm.my

11) UUM: http://uum.edu.my/kemasukan

12) UNIMAS: https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga

13) UIAM: https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/

14) UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran/

15) UPNM: https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/

16) UMK: https://capsule.umk.edu.my/admission/interview

17) UMT : https://intake.umt.edu.my/temuduga

18) UniMAP : https://offer.unimap.edu.my

Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025

Laman Sosial Rasmi

Pelajar juga digalakkan untuk mengikuti media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025:

  • TikTok : @bkpaupu
  • Facebook : Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
  • Telegram : UPUONLINE CHANNEL
  • Instagram : @kemasukanbkpa
  • YouTube : bkpaUPU

TIPS Umum untuk Menghadiri Temu Duga

Temuduga boleh menjadi saat yang sangat menggetarkan untuk calon-calon lebih-lebih lagi sekiranya persiapan tidak dibuat sebaiknya. Rasa gementar ini boleh dikurangkan dengan membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi temuduga. Calon boleh mengambil perhatian terhadap tips-tips yang dikongsikan untuk Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025 di bawah:

1. Datang awal ke temuduga

  • Lewat hadir ke tempat temuduga memberikan tanggapan yang negatif daripada penemuduga kepada calon. Oleh itu, calon dicadangkan untuk hadir lebih awal ke tempat temuduga supaya boleh bertenang dan mengulangkaji soalan-soalan yang berpotensi untuk disoal.

2. Pengetahuan dalam program yang akan ditemuduga

  • Selidik dan buat pencarian dalam bidang yang ingin dipohon. Para calon diminta untuk mempelajari asas-asas mengenai program yang dipohon supaya tidak tersalah jawab kepada penemuduga. Pengetahuan asas mengenai program ini menunjukkan bahawa calon bersungguh-sungguh untuk mendalami bidang tersebut.

3. Personaliti yang menawan

  • Personaliti adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh pihak penemuduga. Calon perlulah bersopan-santun, memakai pakaian yang kemas, mengekalkan ‘eye contact’ dan juga berhemah sewaktu menjawab soalan yang diberikan oleh penemuduga. Ia akan menunjukkan imej positif calon kepada penemuduga.

4. Sediakan semua dokumen yang diperlukan

  • Rasa gugup untuk ditemuduga menyebabkan beberapa calon terlepas pandang hal-hal kecil yang sangat penting ini. Pastikan dokumen yang diperlukan seperti borang permohonan, salinan kad pengenalan dan lain-lain telah di cetak dan dibawa ke tempat temuduga. Semak dokumen ini

5. Kekal tenang

  • Walaupun sukar, kemampuan pemohon untuk kekal tenang sewaktu menemuduga memberikan idea bahawa pemohon bersedia dan sudah membuat kajian yang secukupnya sebelum sesi tersebut dijalankan. Bagi yang beragama Islam, kita boleh mengamalkan doa di bawah untuk tenangkan hati di saat gelisah, cemas dan takut.

DOA TENANGKAN HATI : Diamalkan sewaktu merasa gelisah, cemas dan takut

Doa dibawah ini boleh diamalkan oleh pemohon sewaktu menunggu panggilan sebelum ditemuduga. Harapnya doa ini dapat memberi ketenangan, melancarkan tutur kata pemohon dan memberi peluang untuk pemohon dipilih bagi program yang dipohon.

DOA 1:

Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025

Maksudnya : Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapakan (Surah Taha : 25-28

DOA 2:

Semakan Temuduga UPU Online sesi 2024/2025

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, umur sia-sia di waktu tua dan kebakhilan. Dan aku juga berlindung kepadaMu daripada seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian (HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706)


Semoga doa yang diamalkan ini dapat memberi manfaat dan ketenangan kepada semua calon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga kali ini. Selamat Berjaya!

Leave a Comment