Semak bantuan RM100 Mykad 2025 yang diberikan oleh kerajaan melalui bantuan bulanan untuk memudahkan rakyat membeli barangan keperluan asas dan melakukan transaksi tanpa tunai.
Bantuan ini disalurkan terus ke dalam Mykad penerima.
Bagaimana cara untuk semak bantuan RM100 Mykad 2025?
Artikel Terkini:
Table of Contents
Semak Bantuan RM100 MYKAD 2025
Bantuan bulanan Mykad RM100 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program Mykasih di mana wang bantuan disalurkan ke dalam Mykad penerima untuk kegunaan pembeliaan keperluan asas berlabel Mykasih dan penerima akan menggunakan Mykad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan.
Semak bantuan RM100 Mykad 2025 sekarang.
Kegunaan Duit RM100 Dalam MYKAD
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan dan berlabel MYKASIH seperti:
Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat – ubatan dan barangan persekolahan.
Semak bantuan RM100 Mykad 2025 sekarang.
Cara Semak Bantuan RM100 MYKAD
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik log masuk Mykasih:
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan SEMAK STATUS.
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [NOMBOR MYKAD]
- Kemudian, masukkan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [ Semak Status ]
- Status penerima akan diapar
- Selesai

Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik log masuk MySTR:
- Masukkan Nombor Mykad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar
- Selesai
Semak bantuan RM100 Mykad 2025 sekarang.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM100 MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam Mykad:
- Warganegara Malaysia
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
- Pendapatan tidak melebihi RM5,00 sebulan
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori isi rumah, bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan: ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/ Miskin ekasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Semak bantuan RM100 Mykad 2025 sekarang.
Tarikh Bayaran Dan Tempoh Pengagihan Bantuan
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza dan seperti berikut:
Kategori Penerima | Tarikh Bayaran | Tempoh Pengagihan |
Berstatus Miskin & Miskin Tegar ekasih | Bermula Januari 2025 | Selama 12 bulan |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Bukan ekasih) | Bermula April 2025 | Selama 9 bulan |
Semak bantuan RM100 Mykad 2025 sekarang.
Semak Kadar Bantuan Mykad 2025
Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam Mykad penerima pada tahun 2025 seperti berikut:
Kategori Penerima | Kadar Bantuan (RM) (Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih) | Kadar Bantuan (RM) (Penerima STR 2025 – BUKAN eKasih) |
Isi Rumah | RM1200 (RM100 sebulan) | RM900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM200 (RM100 sebulan) | RM450 (RM50 sebulan) |
Bujang | RM600 (RM50 sebulan) | – |

Panduan Pembelian Barang Keperluan Asas Menggunakan Mykad
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan – Juruwang akan menyemak status Mykad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan Mykad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6- digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit untuk Semakan – Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Rujukan
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel: [email protected]
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber maklumat rasmi dan sahih Faq Pembayaran STR Fasa 1 2025
dan Sumbangan Asas Rahmah 2025.