Rumah Mesra Rakyat 2.0 2024: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Cara mohon rumah mesra rakyat 2.0 2024 terkini kini dibuka untuk rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000. Mereka layak untuk memiliki rumah mesra rakyat 2024 sekiranya memenuhi syarat-syarat permohonan.

Bantuan rumah mesra rakyat 2.0 2024 ialah bantuan kerajaan untuk mereka yang ingin membina rumah sendiri.

Artikel Terkini:

Rumah Mesra Rakyat 2.0 2024

Rumah Mesra Rakyat 2.0 2024 diwujudkan bagi membantu golongan yang berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah dan tidak mempunyai rumah. Program ini juga untuk mereka yang mempunyai tanah dan ingin membina rumah yang selesa dan sempurna.

rumah mesra rakyat 2024

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2.0 2024

Anda boleh untuk melayari laman web SPNB secara atas talian sekiranya anda ingin memohon rumah mesra rakyat ini.

rumah mesra rakyat 2024

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2.0 2024

Antara syarat-syarat permohonan rumah mesra rakyat 2.0 2024 ialah:

  1. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun
  2. Warganegara Malaysia
  3. Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah Sendiri atau memiliki rumah usang
  5. Tanah atau tapak cadangan mestilah bebas daripada gadaian, bebanan atau sekatan. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, mestilah mendapat izin daripada tuan punya tanah
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps mengikut kepada reka bentuk
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
rumah mesra rakyat 2.0 2024

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2.0 2024 Online

Cara mohon rumah mesra rakyat 2.0 2024 online:

  1. Tekan butang permohonan https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/
  2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran
  3. Penerimaan login id dan kata laluan ( kata laluan dihantar kepada pemohon)
  4. Log masuk ke laman utama menggunakan id dan kata laluan
  5. Isi borang online dengan memasukkan maklumat ke dalam sistem
  6. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
  7. Hantar borang dan dokumen kepada SPNB berdekatan

Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB dilakukan dalam tempoh masa 3 bulan dan kelulusan tertakluk kepada peruntukan tahunan

Anda boleh juga melakukan permohonan secara manual dengan mendapatkan borang permohonan rumah mesra rakyat di cawangan SPNB berdekatan rumah anda. Isi borang dan hantar permohonan yang lengkap.

rumah mesra rakyat 2.0  2024

Dokumen Sokongan Rumah Mesra Rakyat

Antara dokumen sokongan permohonan ialah:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah terbaru
  5. Slip gaji terkini 3 bulan/ surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  6. Surat akuan sumaph atau surat pengesahan tidak memiliki rumah
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar
rumah mesra rakyat 2.0 2024

Tambahan Maklumat

Surat pengesahan pendapatan atau tidak memiliki rumah perlu disahkan melalui penghulu atau ketua kampung.

SPNB berhak mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan semasa.

Format bagi surat akuan bersumpah dan borang lawatan tapak bergambar disediakan oleh SPNB.

Tujuan pemohon kedua adalah untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Tanggunjawab Pemohon Rumah Mesra Rakyat

Ini tanggungjawab yang perlu dilakukan pemohon sekiranya permohonan diluluskan:

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan
  • Membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan

Maklumat Rumah Mesra Rakyat

Layari https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/ untuk info lanjut rumah mesra rakyat 2024.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah konsep kediaman rumah mesra rakyat 2024 SPNB?

Menyediakan persekitaran yang mampu memberi inspirasi kepada penduduknya melalui kemudahan yang menarik, dan alam sekitar yang mampan serta suasana harmoni.

Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman SPNB?

Terbuka kepada mereka yang layak membuat pinjaman bank.

Bagaimanakah cara untuk memohon kediaman SPNB?

Anda boleh berhubung terus dengan pejabat cawangan/jualan kami.

Dimanakah borang RMR boleh diperolehi?

Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPN

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/ perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
Tapak cadangan tidak sesuai
Geran hakmilik mempunyai masalah/sekatan

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment