Permohonan Rumah PPR 2025: Sewa RM124 Setiap Bulan

Permohonan rumah PPR 2025 ialah salah satu daripada usaha Kerajaan yang bertujuan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat tinggal bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Program ini dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

PPR ini merangkumi dua kategori perumahan: PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua unit perumahan di bawah program ini perlu memenuhi Standard Perumahan Kebangsaan untuk Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2). Bantuan rumah sewa PPR B40 seperti berikut.

Permohonan rumah PPR 2025 dikongsikan.

Artikel Terkini:

Permohonan Rumah PPR 2025

Bantuan rumah sewa PPR 2025 ialah program yang dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Permohonan rumah PPR 2025 dikongsikan.

Skim PRR Sewa

Skim ini telah dilancarkan pada Februari 2002. Skim ini diperkenalkan untuk menawarkan perumahan mampu milik kepada kumpulan sasaran iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan bekas penduduk setinggan dengan sewa bulanan pada kadar RM124.00

Permohonan rumah PPR 2025 dikongsikan.


permohonan rumah ppr 2025

Ciri-Ciri Perumahan PPR

  • Kawasan bandar: Rumah bertingkat antara 5 hingga 18 lantai
  • Kawasan pinggir bandar: Rumah Teres
  • Saiz: Tidak kurang dari 700 kaki persegi
  • Reka bentuk: 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur dan 2 bilik air

Permohonan rumah PPR 2025 dikongsikan.

Kemudahan Rumah Sewa PPR

  • Dewan komuniti
  • Surau/Ruang solat
  • Kedai makan
  • Ruang niaga
  • Tadika
  • Kemudahan untuk OKU
  • Taman permainan/Kawasan lapang
  • Kawasan pembuangan sampah

Cara Mohon Rumah PPR 2025

Cara mohon rumah PPR 2025 seperti berikut:

permohonan rumah ppr 2025
Sumber: KPKT

Bagaimana Cara Mohon Rumah PPR 2025?

Permohonan PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi https://sprn.kpkt.gov.my/ atau melalui SUK Perumahan Negeri.

Sumber: Jabatan Perumahan Negara

Kriteria Kelayakan Pemohonan PPR

  1. Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun keatas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  5. Memenuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing
permohonan rumah ppr 2025

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perancangan Perumahan:

  • Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan: 03-88914052
  • Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak: 03-88914278
  • Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu: 03-88914028

Emel: [email protected]
Bantuan Rumah Sewa Khusus B40: https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/ppr_disewa

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

  • No. Telefon : 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)
  • No. Faksimile : 603 – 8891 4045

FAQ Rumah Sewa PPR 2025

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Perumahan Rakyat (PPR)?

PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

Apakah kategori PPR?

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Berapakah kadar sewa PPR DIsewa?

Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment