Jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 KKM 2024 untuk mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada membuka peluang pekerjaan untuk bulan Februari bagi mereka yang layak.
Maklumat permohonan jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan KKM 2024 dikongsikan.
Artikel Terkini
Table of Contents
Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 KKM
Kementerian Kesihatan malaysia memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia setiap masa. Ada beberapa bidang tugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang perlu kita tahu.
Antara tugas KKM ialah dalam sistem kesihatan. Untuk memastikan sistem kesihatan dan memastikan akses kepada rakyat untuk perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
KKM juga berperanan penting dalam tingkah laku kesihatan dengan memperkenalkan program dan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan amalan kesihatan dalam masyarakat.
Maklumat Jawatan Kosong
Maklumat jawatan kosong kkm ialah:
Nama Majikan | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) |
Penempatan | Semenanjung Malaysia |
Kelayakan | SPM/SPM & SKM/SVM |
Taraf Jawatan | Kontrak 3 tahun |
Tarikh Tutup | 21 Februari 2024 |
Jawatan Ditawarkan
Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon peringkat dalaman dan luaran.
Membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai khidmat yang disediakan agensi.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Calon warganegara Malaysia berusia tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan.
Cara Mohon Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 KKM 2024
Permohonan jawatan kosong boleh dimohon melalui portal rasmi SPA Malaysia di https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pengumuman-terkini
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah berdaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.