MyLesen PSV 2024 ialah Permohonan Lesen PSV e-Hailing Percuma bagi tahun 2024. Syarat kuota hanya untuk 3,500 orang penerima B40 saja.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan MyLesen PSV 2024 atau Program MyPSV E-Hailing Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 3,500 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyPSV E-Hailing Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.
Baca juga:
Table of Contents
MyLesen PSV 2024
Antara tujuan program MyLesen PSV 2024 ini dilaksanakan ialah:
- Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam (E-Hailing/Teksi).
- Melahirkan pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang kompeten.
- Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam sektor pengangkutan awam dan pelancongan.
- KUOTA 3,500 PESERTA !!!
SYARAT PESERTA MyLESEN PSV E-HAILING 2024
Berikut cara mohon MyLesen PSV 2024:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
- Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
- Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D/DA
Tarikh Tutup Penyertaan MyLesen PSV 2024
Tarikh tutup penyertaan Program MyPSV E-Hailing Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Cara Mohon MyLesen PSV 2024
Anda boleh isi borang online permohonan di pautan berikut:
Terma dan Syarat Penyertaan Program MyPSV Tahun 2024 (Peserta)
- Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat email: [email protected]
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Program MyLesen PSV E-Hailing
Tahun 2024?
Program MyPSV E-Hailing Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi
memperkasa 3,500 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan
B40 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan
Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV) E-Hailing.
Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta
sekiranya menyertai Program MyLesen PSV E-
Hailing Tahun 2024?
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai untuk menjalani kursus sehingga
mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public
Service Vehicle – PSV) E-Hailing.
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah
Program MyLesen PSV E-Hailing Tahun 2024?
Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle –
PSV) E-Hailing.
Berapakah kos bayaran dikenakan kepada
peserta Program MyLesen PSV E-Hailing
Tahun 2024?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos kursus adalah dibiayai
sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Apakah syarat kelayakan peserta bagi
permohonan Program MyLesen PSV E-Hailing
Tahun 2024?
Syarat-syarat Peserta:
Warganegara Malaysia;
Berumur 21 tahun dan ke atas;
Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
Lulus pemeriksan kesihatan JPJL8A;
Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
Mempunyai lesen memandu kelas D/DA (CDL D/DA).
Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan
daripada menyertai Program MyLesen PSV
E-Hailing Tahun 2024?
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang
telah ditetapkan iaitu November 2024.
Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program
MyLesen PSV E-Hailing Tahun 2024?
Permohonan dibuka sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan
berhubung pelaksanaan Program MyLesen PSV
E-Hailing Tahun 2024, apakah sumber yang
boleh dirujuk?
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen PSV
E-Hailing Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada
[email protected] atau 03 – 8892 8714/8693.
Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di
dalam pakej yuran Program MyLesen PSV E-
Hailing Tahun 2024 akan turut ditanggung oleh
pihak Kerajaan?
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan,
penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus perlu
ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran
pembiayaan.