MyLesen GDL Lori 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 750 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perdagangan (Goods Delivery License – GDL).
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen GDL Lori Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 750 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perdagangan (Goods Delivery License – GDL).
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen GDL Lori Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.
Artikel Terkini:
- Cara Mohon Lesen Percuma e-Hailing 2024
- Cara Semak Status Lulus STR 2024
- Cara Mohon Lesen Percuma 2024
Table of Contents
MyLesen GDL Lori 2024
Tujuan program MyLesen GDL Lori 2024 ini dilaksanakan ialah:
- Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perdagangan.
- Melahirkan pemandu kenderaan perdagangan yang kompeten.
- Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam industri pengangkutan perdagangan di Malaysia.
Tarikh Tutup Penyertaan My Lesen GDL Lori 2024
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen GDL Lori Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Kuota Peserta MyLesen GDL Lori 2024
Kuota 750 peserta sahaja boleh memohon.
Berapakah kos bayaran dikenakan kepada peserta Program MyLesen GDL Lori Tahun 2024?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Syarat Mohon MyLesen GDL Lori 2024
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
- Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
- Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D Lebih Satu (1) Tahun
Cara Mohon MyLesen GDL Lori 2024
Anda boleh mengisi google form secara atas talian di pautan berikut:
Terma dan Syarat Penyertaan (Peserta) MyLesen GDL Lori 2024
- Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan GDL.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
Maklumat Lanjut
Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di Alamat emel [email protected]
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Program MyLesen GDL Lori Tahun
2024?
Program MyLesen GDL Lori Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi
memperkasa 750 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40
bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan
Perdagangan (Goods Delivery License – GDL).
Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta
sekiranya menyertai Program MyLesen GDL
Lori Tahun 2024?
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan
dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas E
dan Lesen Vokasional GDL Kelas E Bersendi.
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah
Program MyLesen GDL Lori Tahun 2024?
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas E dan Lesen Vokasional GDL Kelas
E Bersendi.
Adakah calon dibenarkan untuk memilih salah
satu kelas lesen (E atau GDL bersendi) di
bawah Program MyLesen GDL Lori Tahun
2024?
Tidak. Peserta adalah tertakluk kepada syarat program iaitu sehingga
memperoleh Lesen Vokasional GDL Kelas E Bersendi.
Apakah syarat kelayakan peserta bagi
permohonan Program MyLesen GDL Lori Tahun
2024?
Syarat-syarat Peserta:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 21 tahun dan ke atas;
c) Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
d) Lulus pemeriksan kesihatan JPJL8A;
e) Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
f) Mempunyai lesen memandu kelas D (CDL D) melebihi 1 tahun atau
lesen memandu Kelas E (CDL E).
Berapakah kos bayaran dikenakan kepada
peserta Program MyLesen GDL Lori Tahun
2024?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai
sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Adakah kos latihan dan ujian ulangan termasuk
dalam pakej Program MyLesen GDL Lori Tahun
2024?
Peserta akan ditanggung untuk menjalani latihan dan ujian ulangan
sebanyak satu (1) kali dibawah Program MyLesen GDL Lori Tahun 2024.
Berapakah kos bayaran yuran ulangan untuk
kali kedua atau seterusnya?
Walau bagaimanapun sekiranya peserta membuat ujian ulangan kali kedua,
kos latihan dan ujian ulangan akan ditanggung oleh peserta, bergantung
kepada kadar fi semasa di Institut Memandu.
Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di
dalam pakej yuran Program MyLesen GDL Lori
Tahun 2024 akan turut ditanggung oleh pihak
Kerajaan?
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan,
penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti latihan dan
ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam
pakej yuran pembiayaan.
Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan
daripada menyertai Program MyLesen GDL Lori
Tahun 2024?
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang
telah ditetapkan iaitu November 2024.
Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program
MyLesen GDL Lori Tahun 2024?
Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan
berhubung pelaksanaan program ini, apakah
sumber yang boleh dirujuk?
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen GDL Lori
Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada [email protected] atau
03 – 8892 8714/8693