Maksud Dalam Proses Semakan SARA 2024

Maksud dalam proses semakan SARA 2024 merujuk kepada status Sumbangan Asas Rahmah penerima yang bertulis dalam proses semakan. Persoalannya adakah status dalam proses semakan ini lulus ataupun gagal untuk melayakkan penerima STR terima bantuan SARA 2024?

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA ialah bantuan barang dapur yang diberikan kepada penerima STR yang layak untuk terima bantuan setiap bulan sehingga Disember 2024.

Apakah maksud dalam proses semakan sara 2024?

Artikel Terkini:

Maksud Dalam Proses Semakan SARA 2024

Merujuk kepada soalan lazim bantuan STR 2024, status kelulusan SARA dengan paparan “Dalam Proses Semakan” akan dikemaskini setelah pemakluman rasmi diumumkan oleh kerajaan.

maksud dalam proses semakan sara 2024
Maksud Dalam Proses Semakan SARA 2024 6

Penerima STR tidak perlu risau dan hanya perlu menunggu pengumuman semasa STR dan SARA daripada semasa ke semasa.

Masih ada harapan untuk penerima STR yang berstatus dalam proses semakan untuk menerima bantuan seperti mana penerima SARA yang lain.

Sentiasa semak maksud dalam proses semakan sara 2024.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Siapa Layak Terima SARA 2024?

Kelayakan SARA terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori isi rumah,bujang dan warga emas tiada pasangan
  3. Tersenarai sebagai penerima miskin tegar/ miskin ekasih dalam rekod data ekasih di bawah unit penyelarasan pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri(ICU), JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Semakan Status SARA

Cara untuk membuat semakan status SARA 2024:

  • Pergi ke laman web rasmi semakan status Mykasih 2024 https://mykasih.com.my/
  • Tekan “Semak Status”
  • Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Tekan lagi sekali “Semakan Status”
  • Kemudian, maklumat status anda akan dipaparkan
maksud dalam proses semakan sara 2024

Jadual Tarikh Pelaksanaan SARA 2024 Mengikut Negeri Dan Wilayah

maksud dalam proses semakan sara 2024

Cara Pelaksanaan SARA 2024

Ada dua cara pelaksanaan semakan SARA 2024 iaitu:

Penerima Daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

  • Menerima bantuan asas keperluan bermula 22 Januari sehingga Disember 2024 secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima
  • Boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di Pasar Raya atau kedai Runcit seluruh negara menggunakan Mykad.

Penerima Daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

  • Bayaran RM600 dan RM300 daua kali setahun iaitu pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 mengikut kategori melalui pengkreditan terus ke akaun bank sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
maksud dalam proses semakan sara 2024
Maksud Dalam Proses Semakan SARA 2024 7

Tarikh Bayaran SARA Setiap Bulan

Bayaran keduan bagi negeri di semenanjung akan dibayar pada setiap 1 hari bulan setiap bulan 2024. Contohnya 1 Mac 2024 dan begitulah seterusnya sehingga Disember 2024.

Sentiasa semak maksud dalam proses semakan sara 2024 untuk tahu bila tarikh lulus semakan sara bertukar.

Cara Beli Barang Mykasih Di Kedai

  • Pilih barang keperluan
  • Tunjuk Mykad untuk pengesahan
  • Imbas kod barangan
  • Bayar guna mykas
  • Simpan resit untuk semakan

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment