Lupa Kata Laluan STR 2024? Ini Cara Tukar Password Baru!

Lupa kata laluan STR 2024? Tak tahu cara nak tukar? Jangan risau, ini langkah mudah yang anda boleh lakukan sekiranya anda lupa kata laluan akaun STR 2024.

Berikut langkah mudah cara tukar kata laluan STR 2024.

Artikel Terkini:

Lupa Kata Laluan STR 2024? Ini Cara Tukar Password Baru!

Terlupa Kata Laluan STR 2024? Ini cara tukar kata laluan STR 2024.

  • Pilih Log Masuk
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Terlupa Kata Laluan
  • Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang Semak.
  • Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
  • Klik butang Seterusnya
  • Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  • Jika tiada emel, klik butang Seterusnya.
  • Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  • Klik butang Seterusnya.
  • Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan.
  • Klik butang Tukar Kata Laluan
lupa kata laluan str 2024

Cara Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR

Lupa Kata Laluan STR 2024? Ini cara tukar kata laluan baharu di MySTR.

  • Pilih Log Masuk.
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
  • Masukkan Kata Laluan yang telah diemel kan.
  • Klik butang Log Masuk.
  • MySTR akan dipaparkan.
  • Klik menu Tukar Kata Laluan.
  • Masukkan kata laluan baharu.
  • Penukaran Kata Laluan Berjaya.
lupa kata laluan str 2024

Semakan Status Lulus STR 2024

Semakan status lulus str 2024 boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Jangan lupa semak status lulus STR 2024 untuk tahu status terkini STR 2024 anda.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut cara tukar password STR 2024 anda boleh layari Panduan Pengguna Tukar Kata Laluan STR 2024.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada
golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bilakah permohonan STR akan dibuka?

Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023.

Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?

Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR 2024 dilaksanakan?

a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit

Leave a Comment