Harga Telur 2024: Gred A, B dan C Turun 3 Sen

Harga telur 2024 telah diumumkan oleh kerajaan pada 17 Jun 2024. Dalam sebuah kenyataan yang baru dikeluarkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penurunan harga untuk telur Gred A, B dan C sebanyak 3 sen setiap biji.

Inisiatif ini telah diambil sebagai langkah responsif kerajaan untuk mambantu rakyat yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup sekaligus meningkatkan akses kepada makanan yang berkualiti bagi rakyat.

Artikel Terkini:

Harga Telur 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahwa penurunan harga ini adalah hasil daripada penurunan kos input pengeluaran telur, khususnya bahan makanan ayam primer. Maklumat yang diberikan ini menggambarkan komitmen kerajaan dalam memastikan harga makanan terus stabil dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, untuk tahun 2024 ini saja, peruntukan subsidi khusus untuk telur ayam mencapai RM100 juta, berbanding dengan RM927 juta pada tahun sebelumnya, menunjukkan betapa seriusnya usaha kerajaan dalam memastikan keperluan asas makanan rakyat terjamin.

harga telur 2024

Harga Ayam Terkini 2024

Merujuk kepada maklumat yang dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), harga untuk ayam proses standard adalah RM10.20 sekilogram bagi semenanjung Malaysia.

Untuk ayam proses super pula adalah RM12.25 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Bagi yang ingin membuat semakan harga, anda boleh layari pautan berikut: https://www.fama.gov.my/harga-pasaran-terkini

Harga Telur 2024 Terkini Mengikut Gred:

  • Gred A: 42 sen sebiji
  • Gred B: 40 sen sebiji
  • Gred C: 38 sen sebiji
harga telur 2024

Harga Telur 2024 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Untuk rakyat Malaysia yang berada di tiga kawasan ini harga telur 2024, harga runcit untuk telur akan diselaraskan mengikut zon dan daerah. Usaha ini adalah usaha inklusif dan adil yang ditunjukkan oleh Kerajaan untuk penetapan harga makanan.

harga telur 2024

Cara Buat Aduan Mengenai Harga Barangan

Selaku pengguna, anda mempunyai hak untuk membuat aduan sekiranya barang yang anda beli ataupun servis yang anda terima tidak menepati maklumat yang diberikan. Anda boleh lakukan aduan kepada pihak berwajib sekiranya terhadap pertikaian terhadap harga barangan atau servis.

Di Malaysia, kita mempunyai anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

Anti Pencatutan adalah undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga seperti menaikkan harga ayam atau tepung sewaktu hari perayaan.

Jika terdapat pertikaian mengenai harga barang, terutamanya telur, anda digalakkan untuk membuat aduan kepada KPDNHEP melalui:

  1. Talian Bebas Tol: 1-800-886-800
  2. Sistem e-Aduan: e-Aduan KPDNHEP
  3. Aduan melalui WhatsApp

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memastikan harga barang, terutamanya keperluan asas seperti telur, ayam, dan gula, berada pada tahap yang wajar dan berpatutan. Usaha pengguna perlulah selaras dengan Kerajaan yang sedaya upaya telah memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga dengan melampau, bagi menjaga kebajikan pengguna.

Leave a Comment