Gaji Oktober 2024: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam

Gaji Oktober 2024, Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai tarikh pembayaran gaji yang akan diberikan kepada penjawat awam untuk bulan Oktober 2024. Tarikh pembayaran ini telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Kami kongsikan di bawah, tarikh gaji penjawat awam untuk bulan Oktober 2024. Kami turut kongsikan info mengenai E-Penyata gaji untuk pengetahuan pembaca. Pembaca juga dijemput untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan sekiranya bermanfaat.

Artikel Terkini:

Gaji Oktober 2024

Ramai tertanya-tanya bilakah gaji oktober 2024 dibayar?

E-Penyata Gaji

Bagi yang belum tahu, penjawat awam boleh mendapatkan e-penyata gaji untuk pelbagai tujuan melalui sistem e-Penyata gaji. Sistem ini bukan sahaja memudahkan urusan pengeluaran penyata gaji tapi ia juga dapat memendekkan masa yang diperlukan untuk tujuan pengeluaran penyata gaji pada bila-bila masa.

Sistem ini telah digunakan secara rasmi oleh semua penjawat awam bermula pada bulan Oktober pada tahun 2010 yang mana ia selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

Sistem ini hanya akan menyimpan Penyata Gaji dan Penyata pendapatan Tahunan Penjawat Awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan,
2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan

gaji oktober 2024
Gaji Oktober 2024: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 5

Tarikh Bayaran Gaji Oktober, 2024

Kami kongsikan di bawah jadual tarikh bayaran bagi penjawat awam bagi tahun 2024, bagi rujukan pembaca.

Untuk bayaran gaji penjawat awam pada bulan Oktober 2024, gaji adalah pada 24 Oktober 2024 iaitu pada hari Khamis.

Bagi mereka yang beragama Hindu, mereka akan menyambut Hari Deepavali pada 31 Oktober 2024 iaitu pada hari Khamis. Semoga gaji yang diterima boleh digunakan untuk merayakan Hari Deepavali bersama keluarga.

gaji oktober 2024
Gaji Oktober 2024: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 6

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% bemula Disember 2024

Sempena Hari Pekerja 2024, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anuar Ibrahim telah mengumumkan bahawa semua penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus bermula 1 Disember 2024.

gaji oktober 2024
Gaji Oktober 2024: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 7

Kenaikan ini adalah kenaikan gaji tertinggi yang pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Sebelum ini, kadar kenaikan gaji yang tertinggi adalah 13% sahaja. Kenaikan gaji ini akan melibatkan peruntukan mencecah lebih dari RM10 bilion bagi memberi manfaat kepada semua pekerja sektor Kerajaan.

Bila tarikh bayaran gaji oktober 2024?

Tarikh bayaran gaji oktober 2024 ialah 24 oktober 2024.

Berapa kenaikan gaji penjawat awam?

Kenaikan gaji penjawat awam ialah 13%

Bila tarikh bayaran kenaikan gaji penjawat awam?

Bermula Disember 2024

Cara download penyata gaji?

Layari e penyata gaji untuk tahu penyata gaji anda.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment