Gaji Januari 2025, Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai tarikh pembayaran gaji yang akan diberikan kepada penjawat awam untuk bulan Januari 2025. Tarikh pembayaran ini telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Kami kongsikan di bawah, tarikh gaji penjawat awam untuk bulan Januari 2025. Kami turut kongsikan info mengenai E-Penyata gaji untuk pengetahuan pembaca. Pembaca juga dijemput untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan sekiranya bermanfaat.
Artikel Terkini:
Table of Contents
Gaji Januari 2025
Ramai tertanya-tanya bilakah gaji Januari 2025 dibayar?
E-Penyata Gaji
Bagi yang belum tahu, penjawat awam boleh mendapatkan e-penyata gaji untuk pelbagai tujuan melalui sistem e-Penyata gaji. Sistem ini bukan sahaja memudahkan urusan pengeluaran penyata gaji tapi ia juga dapat memendekkan masa yang diperlukan untuk tujuan pengeluaran penyata gaji pada bila-bila masa.
Sistem ini telah digunakan secara rasmi oleh semua penjawat awam bermula pada bulan Oktober pada tahun 2010 yang mana ia selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.
Sistem ini hanya akan menyimpan Penyata Gaji dan Penyata pendapatan Tahunan Penjawat Awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan,
2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan
Tarikh Bayaran Gaji Januari 2024
Kami kongsikan di bawah jadual tarikh bayaran bagi penjawat awam bagi tahun 2024, bagi rujukan pembaca.
Untuk bayaran gaji penjawat awam pada bulan Gaji Januari 2025, gaji adalah pada 22 Januari 2025 iaitu pada hari Rabu.
Gaji diawalkan kerana sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 29 dan 30 Januari 2025.
Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% bemula Disember 2024
Sempena Hari Pekerja 2024, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anuar Ibrahim telah mengumumkan bahawa semua penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus bermula 1 Disember 2024.
Kenaikan ini adalah kenaikan gaji tertinggi yang pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Sebelum ini, kadar kenaikan gaji yang tertinggi adalah 13% sahaja. Kenaikan gaji ini akan melibatkan peruntukan mencecah lebih dari RM10 bilion bagi memberi manfaat kepada semua pekerja sektor Kerajaan.
Bila tarikh bayaran gaji Januari 2025?
Tarikh bayaran gaji Januari 2025 ialah 22 Januari 2025.
Berapa kenaikan gaji penjawat awam?
Kenaikan gaji penjawat awam ialah 13%
Bila tarikh bayaran kenaikan gaji penjawat awam?
Bermula Disember 2024
Cara download penyata gaji?
Layari e penyata gaji untuk tahu penyata gaji anda.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.