eTunai RM100: Tarikh Bayaran dan Cara Tebus eWallet B40 & M40

bantuan kerajaan 2023
eTunai RM100: Tarikh Bayaran dan Cara Tebus eWallet B40 & M40 4

eTunai RM100: Ini Tarikh Bayaran dan Cara Tebus eWallet B40 & M40. Tarikh bayaran dijangkakan sekitar bulan Oktober sehingga Disember 2023.

Bantuan etunai RM100 telah diumumkan baru-baru ini dan akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Berapa jumlah bantuan etunai RM100 ini? Menurut Perdana Menteri, bantuan ini memperuntukan sekitar RM1 bilion yang akan memberi manfaat lebih 10 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas kategori dewasa.

Bantuan ini merangkumi golongan B40 dan M40.

Kenapa bantuan ini diberikan kepada rakyat? Bantuan etunai RM100 diberikan kepada rakyat selepas melihat kejayaan program e-tunai kepada masyarakat.

Baca Juga Artikel Ini:

Apa Bantuan eTunai RM100?

Bantuan eTunai RM100 merupakan inisiatif kerajaan perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun akan diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan.

Syarat Kelayakan eTunai RM100

Syarat-syarat kelayakan terkini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Jumlah kredit e-Tunai

Jumlah yang akan diterima oleh rakyat Malaysia seperti diumumkan iaitu bernilai RM100

Bantuan yang diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

Tarikh Bayaran eTunai RM100

Tarikh bayaran dijangkakan pada bulan Oktober ini sehingga Disember 2023.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa eTunai RM100 akan dibayar pada suku keempat tahun ini. 

Apa Definisi Suku Keempat?

Suku keempat didefinisikan  sebagai suku tahunan yang bermaksud kuartal suku tahun iaitu jangka waktu tiga bulan. 

Justeru itu suku keempat bermula dari bulan Oktober sehingga Disember

etunai rm100
eTunai RM100: Tarikh Bayaran dan Cara Tebus eWallet B40 & M40 5

Cara Tebus eTunai RM100

Buat masa ini belum ada pengumuman tentang penyedia perkhidmatan yang manakah yang akan melaksanakan pembayaran ini. 

Namun demikian, berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, antara penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

  • Boost
  • Setel dan
  • Touch ‘n Go Wallet

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi yang akan diumumkan dalam bulan ini. 

Penyedia Perkhidmatan

Berikut antara eWallet yang digunakan di Malaysia:

Touch ‘n Go eWallet 

  • GrabPay
  • Boost 
  • ShopeePay
  • Lazada Wallet
  • Setel
  • WechatPay
  • Mae

Sekiranya anda pengguna baharu ewallet, anda perlu melalui proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Anda perlu membuat verifikasi identiti secara elektronik contohnya seperti menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk prose verifikasi.

Apa Manfaat eTunai RM100?

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, pelaksanaan inisiatif ini merupakan usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.

Menurutnya lagi ini sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu ekonomi digital dan masyarakat tanpa tunai di samping bertujuan untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

Kelebihan e-Wallet

Tahukah anda? Penggunaan e-wallet dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan. 

Perkara ini penting kerana era digitalisasi kini semakin berkembang di Malaysia. Kebanyakan kedai dan restoran juga hari ini menggunakan scan qr code untuk membuat bayaran atas talian.

Oleh itu, kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran secara atas talian. 

Adakah e-wallet membantu memudahkan proses pembayaran? Jawapannya iya. e-Wallet sangat membantu dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

e-Wallet sangat membantu dan semakin popular digunakan oleh masyarakat kita.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan program ini akan diumumkan:

Belanjawan 2023

Kementerian Kewangan

Soalan Lazim

Berikut beberapa soalan lazim mengenai bantuan e-tunai RM100 yang diumumkan:

Apakah bantuan e-Tunai RM100?

Bantuan e-tunai RM100 merupakan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Apa Syarat Kelayakan?

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Tarikh bayaran bantuan e-Tunai RM100?

Suku keempat tahun ini antara Oktober hingga Disember 2023.

Siapa syarikat penyedia perkhidmatan terlibat?

Belum diumumkan lagi

Leave a Comment