Cara Mohon Bantuan SABAH RM300 2025 : Program Sentuhan Kasih Rakyat

Semak bantuan Sabah RM300 2025 yang diumumkan oleh Kerajaan Sabah melalui Belanjawan Sabah 2025. Bantuan Sabah RM300 melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat akan disalurkan untuk membantu rakyat.

Bantuan Sabah RM300 2025 akan disalurkan bermula Februari 2025 sebanyak RM300 sebulan.

Bagaimana cara mohon bantuan Sabah RM300 2025? Ikuti artikel ini.

Artikel Terkini:

Cara Mohon Bantuan Sabah RM300

Kerajaan Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat melalui Belanjawan Sabah 2025 dengan peruntukan RM358.5 juta untuk membantu rakyat menghadapi cabaran hidup.

Untuk pengetahuan semua, program ini menawarkan bantuan bulanan RM300 selama setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar, termasuk ketua isi rumah dan ahli keluarga.

Semak cara mohon bantuan Sabah RM300 2025 sekarang.

cara mohon bantuan sabah rm300

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Sabah RM300 2025

Syarat dan kelayakan seperti berikut:

  1. Warga Malaysia (Rakyat Sabah
  2. Menetap di Negeri Sabah
  3. Kategori Miskin dan Miskin Tegar
  4. Ketua Isi Rumah termasuk ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas

Semak cara mohon bantuan Sabah RM300 2025 sekarang.

Cara Mohon Bantuan Sabah RM300 2025

Panduan Lengkap Permohonan Bantuan Sabah adalah seperti berikut:

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)

  • Pemohon boleh mengunjungi pejabat UPPM di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan. Pegawai di UPPM akan membantu memproses dokumen dan memastikan maklumat anda lengkap sebelum dihantar.


Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)

  • Anda juga boleh menghubungi atau mengunjungi JPKK di kawasan anda untuk mendapatkan bantuan dan panduan berkaitan proses permohonan.


Ketua Kampung

  • Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam memastikan setiap penduduk yang layak mendapat maklumat tentang program ini. Mereka akan membantu dalam pengesahan permohonan.


Pengesahan dan Kelulusan

  • Semua permohonan akan disemak oleh pihak berkuasa tempatan sebelum diluluskan. Pastikan anda menyerahkan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad, slip gaji (jika ada), dan dokumen pengesahan pendapatan.

Tarikh Pengagihan Duit Bantuan Sabah

Pembayaran akan dilakukan secara berfasa berperingkat dalam bentuk pakej bermula Februari 2025.

Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemaskini dari smeasa ke semasa sebaik diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

Semak cara mohon bantuan Sabah RM300 2025 sekarang.

Semak Status Lulus Bantuan Sabah RM300 2025

Setakat ini belum ada cara semakan status dan cara pengagihan diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

Jumlah Bantuan Sabah 2025

Jumlah bantuan yang diberikan seperti berikut:

  • Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar: RM300 Sebulan
cara mohon bantuan sabah rm300

Kenyataan Media Rasmi GRS: Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menggerakkan jenteranya di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar untuk memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.

Senarai nama yang dikumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan program ini.

Mekanisme pelaksanaan Program SYUKUR telah diluluskan oleh Kabinet Negeri, dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Rabu lalu telah mengarah pelaksanaan bantuan program ini dengan serta merta.

Di bawah program ini, ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM300, yang akan dilaksanakan secara berperingkat setiap suku tahun.

SYUKUR merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebas sara hidup rakyat dan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗜
𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗜𝗙
𝗚𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

𝟮𝟲 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱

cara mohon bantuan sabah rm300

Apa itu Bantuan Sabah RM300 2025?

Kerajaan Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat melalui Belanjawan Sabah 2025 dengan peruntukan RM358.5 juta untuk membantu rakyat menghadapi cabaran hidup.

Berapa jumlah bantuan Sabah 2025?

Mereka yang layak terima bantuan RM300 sebulan selama setahun.

Bila tarikh bayaran bantuan Sabah 2025?

Belum diumumkan secara rasmi.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih rasmi:

Bantuan SABAH RM300 2025

2 thoughts on “Cara Mohon Bantuan SABAH RM300 2025 : Program Sentuhan Kasih Rakyat”

  1. Baru saja tahu ni bantuan..sy pn dr golongan ekasih berstatus miskin..tercicir sbb tdk tahu ada bantuan ini..dan jauh dr pejabat n kg tmpt sy mengundi..mohon jasa baik datuk,yb utk buka permohonan baru..kpd yg tdk sempat dan tercicir.

    Reply

Leave a Comment