Cara kemaskini STR 2025 panduan pengguna lengkap untuk pemohon STR 2025. Anda perlu mengemaskini maklumat tertentu untuk memastikan anda layak terima bantuan STR 2025.
Siapa yang perlu kemaskini STR 2025? Mereka yang mempunyai perubahan maklumat terkini dan mereka yang belum pernah melakukan kemaskini secara tiga tahun berturut-turut.
Panduan lengkap cara kemaskini STR 2025 untuk pengguna dikongsikan dalam artikel ini.
Artikel Terkini:
Table of Contents
Cara Kemaskini STR 2025
Untuk penerima yang layak menerima STR 2025 dan berstatus lulus, anda perlu melakukan kemaskini akaun anda sekiranya terdapat perubahan maklumat dan belum pernah kemas kini selama 3 tahun berturut-turut.
Apa maklumat yang perlu dikemaskini?
Kemaskini Maklumat Asas Permohonan STR 2025
Antara maklumat yang perlu dikemaskini untuk mohon STR 2025 ialah:
- No Telefon Rumah
- No Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamt e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
- Maklumat Waris
Tarikh Tutup Kemaskini STR 2025
Kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat bermula 19 Oktober 2024. Anda perlu membuat kemaskini sebelum 30 November 2024 kerana permohonan fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.
Cara Kemaskini STR 2025 Penerima STR
Anda boleh membuat kemaskini maklumat permohonan STR melalui dua cara iaitu:
- Secara dalam talian Portal Rasmi STR LHDNM di pautan:
- Penghantaran Borang Kemaskini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pusat Transformasi Banda (UTC)
Borang kemaskini maklumat permohonan STR boleh didapati melalui Portal Rasmi STR atau di Pejabat LHDNM.
Panduan Lengkap Cara Kemaskini STR 2025 Online
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 online melalui portal rasmi STR seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang Log Masuk bagi membuat kemaskini permohonan.
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – daftar MYSTR 2025
- Klik butang Kemaskini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR
- Paparan Maklumat permohonan akan dipaparkan
- Lengkapkan maklumat pemohon. Ruangan bertanda (*) wajib untuk diisi
- Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan STR 2023.
- Kemaskini ruang berikut jika ada perubahan maklumat seperti:
- No telefon rumah pemohon
- No Telefon Bimbit
- Pilihan pekerjaan
- Pilihan Pendapatan Kasar bulanan isi rumah
- Pilihan status perkahwinan
- Alamat surat menyurat pemohon
- Nombor poskod pemohon
- Pilihan nama bank pemohon. Pilihan maklumat akaun bank yang masih aktif
- Masukkan nombor akaun bank
- Alamat emel
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
- Seterusnya isi kod CAPTCHA seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
- Kemudian, paparan PERAKUAN PEMOHON akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian tick butang.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
- Selesai
Cara kemaskini str 2025 dikongsikan.
Cara Kemaskini STR 2025 Untuk Pengguna
Cara kemaskini STR 2025 panduan pengguna lengkap:
Cara kemaskini str 2025 dikongsikan dengan cara mudah.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat mengenai STR 2025 anda boleh layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Soalan Lazim FAQ Kemaskini STR 2025
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada
golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bilakah tempoh kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dilakukan?
Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dilakukan bermula 19 Oktober
2024
Permohonan STR saya berstatus lulus dan ingin mengemas kini maklumat waris. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Sekiranya permohonan berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris
(maklumat asas) anda perlu Log Masuk MySTR dan klik menu Perubahan
Maklumat Asas.
Saya adalah pemohon dan tidak mendaftarkan maklumat akaun bank pemohon dan pasangan semasa tempoh pendaftaran STR, adakah saya boleh menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemas kini maklumat dibuka?
Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan
sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang
permohonan STR 2025.
Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR
fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon /
pasangan tersebut.
Saya adalah penerima bayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank dan status pembayaran adalah Berjaya Kredit, adakah saya boleh mengemaskini maklumat akaun bank saya?
Tidak. Kemas kini maklumat akaun bank penerima tidak dibenarkan sekiranya
status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit.
Kaedah pembayaran STR saya adalah secara kredit ke akaun bank pasangan semasa fasa pembayaran sebelumnya. Sekiranya status akaun bank tersebut adalah tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank
pasangan saya?
Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status
bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah:
i. Gagal Kredit; atau
ii. Tunai
Permohonan STR 2025 saya berstatus Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan STR 2025 dengan menukar status kepada Kahwin. Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat akaun bank atau maklumat waris dalam Permohonan STR saya?
Bagi Permohonan STR 2025 berstatus Lulus dan telah mengemukakan
Permohonan Rayuan Tambahan, maklumat Permohonan STR pemohon tidak
boleh dikemas kini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan.
Saya merupakan waris baharu yang ingin mengemas kini maklumat waris disebabkan waris yang berdaftarkan pada borang STR telah uzur / sakit / berada di dalam penjara. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat waris bagi pihak pemohon yang telah meninggal dunia?
Pengemaskinian maklumat waris bagi pemohon yang telah meninggal dunia perlu
dilakukan di Pejabat LHDNM berdekatan. Waris baharu perlu melengkapkan
Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan dan sertakan dokumen seperti di
bawah:
i. Kad pengenalan (asal) waris;
ii. Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon; dan
iii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris, siapakah yang layak didaftarkan sebagai waris?
Waris yang layak didaftarkan terhad kepada maklumat Pasangan / Anak yang
wujud dalam Permohonan STR 2025 sahaja. Bagi permohonan STR 2025 yang
tidak mempunyai maklumat pasangan, anak dan waris dalam rekod permohonan
semasa, pendaftaran maklumat waris adalah tidak dibenarkan.
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.