BANTUAN STR FASA 4 2024: SEMAKAN STATUS TERKINI

Bantuan STR Fasa 4 2024: Semakan Status Terkini

Bantuan STR Fasa 4 2024 telah berada di fasa 4 bayaran akhir tahun 2024. Penerima boleh menyemak status bayaran bermula 7 November 2024. Siapa layak dan berapa jumlah bayaran STR Fasa 4 2024?

Bagaimana cara semak status bantuan STR Fasa 4 2024? Semak di sini.

Artikel Terkini

Bantuan STR Fasa 4 2024

Bantuan STR Fasa 4 2024 dibayar dan diagihkan kepada penerima yang layak bermula 7 November 2024.

bantuan str fasa 4 2024

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 2024

Tarikh bayaran STR Fasa 4 2024 dikongsikan.

KategoriJumlah Bayaran
Isi RumahRM150 – RM700
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM100
bantuan str fasa 4 2024

Semakan Status STR Fasa 4 2024

Anda boleh membuat semakan status STR Fasa 4 2024 secara atas talian dengan cara berikut:

  • Sila tekan pautan rasmi untuk check status STR Fasa 4 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Laman utama rasmi STR akan dipaparkan pada skrin
  • Pemohon perlu Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan
  • Kemudian, tekan butang (Log Masuk)
  • Paparan (SEMAK STATUS) akan ditunjukkan
  • Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan Ya sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  • Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan ( Log Masuk)
  • Sila klik Semakan Permohonan
  • Kemudian pemohon perlu memerhatikan pada Maklumat Pembayaran
  • Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat seperti Tarikh Kredit dan No Pengenalan Akaun Dikredit, Nama Penerima, Fasa Pembayaran, Jumlah Dikredit, Status Kredit dan Nama Bank dan No Akaun
  • Selesai
bantuan str fasa 4 2024

Rujukan

Maklumat lanjut STR Fasa 4 2024 boleh dirujuk di:

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada
golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan
memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula
subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai
kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.

Siapakah yang layak memohon STR Fasa 4 2024?

i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
d) Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
e) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR 2024 dilaksanakan?

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
i. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a) Tiada maklumat akaun bank
b) Status pengkreditan gagal kredit

Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?

Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang
tahun.

Bila tarikh bayaran STR fasa 4 bujang?

Tarikh bayaran STR fasa 4 bujang ialah bulan November.

Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4 bujang?

STR fasa 4 bujang akan terima bayaran RM100.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4 2024?

STR Fasa 4 dibayar 7 November 2024

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment