Bantuan rumah sewa PPR B40 2024 ialah salah satu daripada usaha Kerajaan yang bertujuan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat tinggal bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Program ini dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
PPR ini merangkumi dua kategori perumahan: PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua unit perumahan di bawah program ini perlu memenuhi Standard Perumahan Kebangsaan untuk Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2). Bantuan rumah sewa PPR B40 seperti berikut.
Artikel Terkini:
Bantuan Rumah Sewa PPR B40 2024
Bantuan rumah sewa PPR B40 2024 ialah program yang dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Skim PRR Sewa
Skim ini telah dilancarkan pada Februari 2002. Skim ini diperkenalkan untuk menawarkan perumahan mampu milik kepada kumpulan sasaran iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan bekas penduduk setinggan dengan sewa bulanan pada kadar RM124.00
Ciri-Ciri Perumahan PPR
- Kawasan bandar: Rumah bertingkat antara 5 hingga 18 lantai
- Kawasan pinggir bandar: Rumah Teres
- Saiz: Tidak kurang dari 700 kaki persegi
- Reka bentuk: 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur dan 2 bilik air
Kemudahan Rumah Sewa PPR
- Dewan komuniti
- Surau/Ruang solat
- Kedai makan
- Ruang niaga
- Tadika
- Kemudahan untuk OKU
- Taman permainan/Kawasan lapang
- Kawasan pembuangan sampah
Kriteria Kelayakan Pemohonan PPR
- Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun keatas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Memenuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perancangan Perumahan:
- Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan: 03-88914052
- Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak: 03-88914278
- Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu: 03-88914028
Emel: [email protected]
Bantuan Rumah Sewa Khusus B40: https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/ppr_disewa
Penafian
Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.