Bantuan Khas Aidilfitri RM1200 Dibayar Bermula 15 Mac 2024

Bantuan Khas Aidilfitri RM1200 akan dibayar pada 15 Mac 2024 secara berperingkat kepada mereka yang layak dan terlibat. Bantuan ini diberikan sebagai insentif sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun 2024 ini.

Artikel Terkini:

Bantuan Khas Aidilfitri RM1200

Bantuan khas Aidilfitri RM1200 ini diumumkan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk penjawat awam di negeri itu.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) diberikan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1200.

Tujuan bantuan ini diberikan untuk menghargai seluruh anggota perkhidmatan awam negeri.

Diharapkan dengan bantuan khas aidilfitri ini akan membantu meringankan beban rakyat dan membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

Senarai Penerima Bantuan Khas Aidilfitri RM1200

Antara senarai penerima bantuan khas Aidilfitri yang layak terima ialah pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri. Semua tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.

Selain itu, kerajaan negeri juga setuju memberikan bantuan tetapi dengan kadar jumlah RM300 kepada penyelia dan guru kelas (KAFA), sekolah rendah (SRAR) dan guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Hal ini diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

bantuan khas aidilfitri rm1200

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Bantuan khas kewangan aidilftiri ini akan dikreditkan secara berperingkat bermula 15 Mac 2024.

Sumber: Sinar Harian

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment