Bantuan Ibu Bersalin 2023 RM450

Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB) antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan memberikan RM450,000 dalam bentuk tunai  kepada setiap ibu yang baru melahirkan anak bermula 1 Januari 2020

Kami kongsikan maklumat terkini kepada anda.

Objektif Bantuan Ibu Bersalin 2023

Tujuan bantuan Ibu Bersalin (BIB) ialah:

  • Meringankan beban dari segi kewangan bagi pengurusan selepas melahirkan anak
  • Membantu dari segi pembelian barang keperluan ibu selepas melahirkan anak

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bantuan ibu bersalin seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Ibu adalah pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKad Sarawak yang berstatus ‘K’
  • Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin

Baca Juga: Tarikh Bayaran eTunai RM100

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2023

Permohonan BIB boleh dibuat melalui:

  • Melalui iSarawakCare
  • Di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah Negeri Sarawak
  • Di Pejabat Daerah Negeri Sarawak
  • Di Pejabat Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara
  • Di Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja) Negeri Sarawak
bantuan ibu bersalin 2023

Dokumen Sokongan

  • Salinan kad pengenalan/pasport ibu
  • Salinan kad pengenalan/ pasport pasangan atau penjaga
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “k”
  • Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung
  • Salinan penyata akaun bank terkini
  • Salinan nota discaj/sijil lahir bayi/pengesahan doktor

Tambahan

  • Permohonan dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin
  • Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Pejabat Cawangan JPN Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia BIB (Kuching Sahaja), Negeri Sarawak.
  • Untuk Pertanyaan, hubungi urus setia BIB, Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KPWK bagi keterangan lanjut.

Kaedah Permohonan

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB) boleh dibuat melalui:

Online di laman web iSarawakCare

Manual

Peringatan Tambahan

  • Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020
  • Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar
  • Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses

Maklumat Lanjut

  • Bagi semakan status bantuan ibu bersalin, boleh hubungi 014-6881398 (Mesej Sahaja) atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare
  • Bagi pertanyaan lain, boleh hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui e-mel: [email protected]

Leave a Comment