Bantuan bayi baru lahir RM300 2023 ialah bantuan bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak mereka di tahun 2023.
Bantuan ini sebenarnya bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
Cara mohon bantuan bayi baru lahir RM300 seperti berikut.
Baca Juga Artikel Ini:
Bantuan Bayi Baru Lahir RM300 2023
Kerajaan Negeri Pahang salah satu negeri yang melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023).
Jumlah bantuan diberikan sebanyak RM300.
Menurut YAB Menteri Besar Pahang, tujuan lain adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.
Saguhati Untuk Anak Pahang
Setiap bayi yang lahir di negeri Pahang bermula tahun 2023 layak untuk menerima saguhati di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang.
Saguhati ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan dan barangan penjagaan bayi serta ibu semasa berpantang.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Bayi Baru Lahir 2023
- Bayi yang dilahirkan sebagai warganegara Malaysia
- Dilahirkan di Pahang
- Dilahirkan pada tahun 2023
- Jenis Bantuan RM300
- Berikut jenis bantuan bayi RM300 2023:
- Barangan keperluan bayi – RM50
- Dalam bentuk simpanan akaun NURI – RM100
- Gold Bar -RM150
Table of Contents
Cara Buka Akaun Bank Rakyat NURI
Pemohon perlu membuka akaun sekiranya ingin dapat bantuan ini. Ibu bapa dan penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut.
Cara buka akaun bank rakyat NURI ialah:
- Kad Pengenalan Ibu/ Bapa/ Penjaga yang sah
- Sijil Lahir Bayi
- Sijil Tahniah Bayi Kebangaan Pahang 2023
- Slip Pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan
Cara Mohon Bantuan Bayi Baru Lahir 2023
Ibu bapa boleh merujuk https://erakyat.pahang.gov.my/frmOnline_mohon_ppk.php
Isi segala butir maklumat seperti borang dalam talian.
Kemudian, anda boleh membuat semakan status lulus di butang semakan.
Maklumat Lanjut
Hubungi Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang
09-5124043/09-5124039