Cara Mohon Bantuan Barang Dapur 2024 [MyKasih 2024]

Mohon bantuan barang dapur 2024 Mykasih untuk rakyat Malaysia yang layak terutamanya para penerima STR 2024. Kerajaan telah memperuntukan bantuan khas barang dapur untuk mykad penerima di kedai-kedai dan pasar raya terpilih seluruh Malaysia.

Dengan hanya menggunakan Mykad, para penerima STR boleh untuk berbelanja membeli barangan dapur terpilih.

Bagaimana cara mohon bantuan barang dapur 2024?

Artikel Terkini:

Bantuan Barang Dapur 2024

Kerajaan telah memberikan bantuan barang dapur 2024 untuk penerima STR 2024 mengikut syarat kelayakan setiap kategori seperti berikut:

Kategori PenerimaJumlah bantuan
Miskin TegarIsi Rumah / Ibu bapa Tunggal: RM1,200
Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,200
Bujang RM600
MiskinIsi Rumah / Ibu Bapa Tunggal : RM1,200
Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,200
Bujang: RM600
Asas Bukan Miskin / Miskin TegarIsi Rumah / Ibu Bapa Tunggal: RM300
Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
Bujang RM150
bantuan barang dapur 2024

Cara Bayaran Bantuan Barang Dapur 2024

Bayaran bantuan barang dapur akan dimasukkan ke dalam mykad penerima setiap bulan seperti di bawah ini:

Kategori PenerimaCara Bayaran
Miskin & Miskin Tegar di Semenanjung MalaysiaIsi rumah dikreditkan RM100 setiap bulan.
Warga Emas diberikan RM100 setiap bulan
Bujang dikreditkan RM50 setiap bulan.
Miskin & Miskin Tegar beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P LabuanIsi rumah dikreditkan RM600 setiap bulan.
Warga emas dikreditkan RM600 setiap bulan.
Bujang dikreditkan RM300 setiap bulan
Asal Bukan Miskin / Miskin TegarAkan diberitahu dari semasa ke semasa.
bantuan barang dapur 2024

Cara Membeli Bantuan barang Dapur Di Kedai

Rujuk langkah berikut untuk beli barang dapur di kedai.

  1. Kunjungi kedai yang terpilih di seluruh Malaysia RUJUK SENARAI KEDAI DISINI
  2. Pilih barangan yang diluluskan iaitu yang dilabelkan untuk penerima
  3. Tunjukkan mykad kepada juruwang untuk disemak status bantuan penerima
  4. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan
  5. Bayar menggunakan mykad (masukkan 6 digit pin mykad anda di kaunter bayaran)
  6. Simpat resit untuk rujukan baki
bantuan barang dapur 2024

Cara Semak Status Bantuan Barangan Dapur

Berikut pautan rasmi untuk semak status bantuan Barang Dapur 2024:

Pautan Portal Rasmi Bantuan barang Dapur
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Klik pautan rasmi di atas
  2. Kemudian tekan bahagian ‘Semakan Status’
  3. Masukkan nombor mykad dengan betul tanpa (-)
  4. Setrusnya masukkan kod captcha yang betul berdasarkan imej diberikan
  5. Tekan butang ‘Semak Status
  6. Status dipaparkan
  7. Selesai
bantuan barang dapur 2024

Bagaimana Cara Mohon Bantuan Barang Dapur?

Tidak perlu melakukan sebarang permohonan. Bantuan diberikan berdasarkan kelayakan permohonan STR 2024. Jika anda layak terima STR 2024, maka anda layak terima bantuan tambahan barang dapur 2024.

bantuan barang dapur 2024
Cara Mohon Bantuan Barang Dapur 2024 [MyKasih 2024] 7

Rujukan

Anda boleh layari portal rasmi mykasih seperti di bawah:

Talian bantuan MyKasih: (603) 7720 1800

Email: [email protected]

Portal Rasmi: https://www.mykasih.com.my/contact-us/

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:Warganegara Malaysia;
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan.

Di manakah boleh saya membeli barangan keperluan asas di bawah program ini?

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment